Sampai darjah 1 (1989) beerti tamatlah era 80's. Sebenarnya politik Malaysia pada waktu itu masih ribut dek pemecatan Tun Salleh Abas. Aku hanya dapat baca buku Tun Salleh Abas - Singa Di Bawah Takhta Dijerat kemudian, tu pun kerana ayah menang satu pertandingan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan dapat buku percuma sekotak (dalam 50 buah).
Aku tak ingat bila ayah beli Proton Saga (dan kereta itu dipakai sampai sekarang!). Sebelum itu keluarga kami hanya ada Fiat yang lama (besi tu...). Nombor plat kereta ayah memang unik - RB111. Seingat aku, arwah kakak juga sempat naik Proton Saga waktu tu. Kami sama-sama bukan main girang masa ayah test-drive. Dulu, kawasan Taman Sena Indah tak seperti yang ada sekarang. Di sana hanya kedai-kedai membaiki kereta dan selainnya ialah kawasan semak.
1986 - Sekadar di Pinggiran nyanyian Francisca Peter juara lagu. Alleycats juga popular dengan lagu Sampaikan Salam Cintaku.
1987 - Raja Ema dengan lagu "Angan-angan, bila mencari pasangan...", Shidee dengan lagu "Sayang semuanya, sudah terlambat...", Sudirman dengan Merisik Khabar, Sinaran oleh Sheila Majid, Kerana Terpaksa oleh Francisca Peter dan juga juara tahun tersebut Menaruh Harapan oleh Zaiton Sameon.
1988 - Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu oleh Ramlah Ram juara, Suratan Takdir dan Masih Aku Terasa oleh Gersang, Tika dan Saat Ini oleh Medicine dan Suratan atau Kebetulan (Kenny, Remy dan Martin), Jay Jay dengan Cukuplah Sekali.
1989 - Ini tahun yang paling best aku rasa - Wings dengan Misteri Mimpi Syakila dan Taman Rashidah Utama, Sendiri oleh May, Isabella selaku juara tentunya Search, Segalanya Ku Terima oleh Ilusi dan Sekali Aku Jatuh Cinta oleh Nassier Wahab.
Hurm, kenapa aku rasa lagu-lagu 80's dan juga Juara Lagu 80's lebih sincere ek?
Saturday, January 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kereta RB111 tu tiba dirumah sehari sebelum hari lebaran tak silap 1984.warna puteh.itu warna allahyarhamah kakak kau yg suka.
ReplyDeleteaik, 1984? tak mungkin sbb aku baru 2 tahun...
ReplyDelete1986 kot? proton pun baru ada tahun 1985 ke 86 rasanya, hehe
aku pun rasa 86..tapi akmar meninggai 86 ...hmmm camner eh..mungkin 85.sebab tu model pertama proton.beli dari uncle lan.ingat lagi dulu naik kereta tu kalau nampak kereta lain warna puteh kena patuk dengan jari...
ReplyDeletemaksud aku Uncle Lan tu penjual kereta proton kala itu...now dia dah tutup kedai sebab rugi...hahaha rugi juai kereta...
ReplyDeletemana ada kak kemar meninggal 1986, either 87 atau 88...
ReplyDeletehang pun ada problem macam aku gak? lupa selisih setahun?
aku ingat uncle lan tu..
hahaha
ReplyDelete86 world cup la...aku dok ingat 86 aku darjah 6..akmar meninggai waktu aku darjah 5 ka 6 tak silap..
panas pulau sentosa belum hilang lagi...fuhh....capek!
how could? hurm, terlalu lama barangkali.
ReplyDeletebut somehow, camne kawan aku masa sekolah rendah pun bleh tahu..is it really 3 years back before i entered darjah 1? hurm..
hahaha
ReplyDeleterujuk kat Tengku Hamidah...abih cerita...