Thursday, January 29, 2009

S Kugan, Polis dan Kasih Sayang

Petang semalam balik dari Plaza Alam Sentral, lalu Subang dan terus menggunakan LDP, aku balik ke rumah. Di atas kami ada helikopter polis terbang. Aku syak ia ada kaitan dengan isu mendiang S Kugan.

Tekaan aku tidak salah - berita menjawab tekaan aku pada malamnya.

Kes mati di penjara dan lokap boleh dibaca lanjut di sini.

Bukan rahsia di kalangan masyarakat awam, kalau masuk lokap atau penjara, pasti dibelasah. Sejauh mana kebenaran ini aku tak dapat pastikan. Keyakinan masyarakat berkaitan hal ini semakin kukuh apabila mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga tidak terkecuali ditumbuk dan dibelasah dalam keadaan tangannya bergari.

Ini bukan main-main. Ini ialah tindakan celaka dan bangsat oleh mereka yang punya kuasa - tak kira kecil atau besar.

S Kugan mungkin bukan seorang muslim tapi sebagai seorang muslim, apa yang berlaku padanya harus aku simpati dan zahirkan rasa kesal. Mereka yang membelasahnya di dalam lokap harus didakwa dan dihukum setimpal. Tetapi ini harus dilakukan melalui proses undang-undang. Sayang, undang-undang di Malaysia sendiri tidak cukup meyakinkan.

Apabila Peguam Negara mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh, maka tiada jawapan lain melainkan dibalas bunuh, kecuali ia dimaafkan. Namun, jangan ada yang berani mengambil tindakan sendiri. Nyawa manusia tetap terkandung dalam perihal maqasid syariah yang lima.

Sebenarnya hal ini cukup dekat dengan common sense. Mungkin tak perlu aku memanjangkannya menjadi satu hujah agama bersabit kemuliaan insan dan kudusnya nyawa. Ia sama sebagaimana tentangan aku kepada mereka yang mahu mengambil jalan sendiri dari hal Salman Rushdie dulu - tidak lebih tidak kurang. Sebanyak mana emosi menggelegak, teladan Saidina Ali k.w. yang tidak membunuh lawan perang (ingat - lawan perang!) dalam keadaan marah selepas diludah dan juga Salahuddin al-Ayubi tatkala berperang dengan Richard the Lion Heart harus dihimbau lebih mendalam.

Aku tak tahu sama ada wujud kor agama sebagaimana tentera dalam unit polis. Suka atau tidak faktor kaum sedikit sebanyak mempengaruhi peristiwa kejam ini dan Tuhan tak pernah mungkir janji terhadap manusia zalim.

Pelik, umum maklum rakyat Malaysia suka dengar lagu cinta, jiwang yang penuh mesej kasih sayang terlepas persoalan ia islamik atau tidak. Pokoknya, di mana-mana kita mendapat berita seolah-olah kasih sayang tidak punya harga.

Adakah kerana ia tidak diletak pada tempat yang wajar, maka manusia mendambakannya. Atau memang benar-benar manusia sudah tidak punya nikmat rasa kasih sayang?

All you need is love!

Matinya seorang Yahudi lagikan mendapat hormat Rasulullah s.a.w., inikan pula seorang bukan muslim yang tidak mendapat nikmat syahadah dan dizalimi. Di mana sikap dan rasa kamu wahai muslim? Apa kita perbuat selama ini, berfantasi?

7 comments:

  1. Sesungguhnya orang yang berkasih sayang tu adalah yang paling dekat dengan Allah...
    kadang2 dimulut jek kita melaungkan kasih sayang... tapi hati dan perbuatan kita tidak menunjukkan sebegitu... erm itu sumer sebenarnya kesedaran dari dalam diri...

    ReplyDelete
  2. kes ini ada news value hanya kerana nama mangsanya adalah Kugan.
    Cuba kalau Kugan diganti dengan Ali, atau Amin, agak2 kes ini akan seheboh begini tak?

    ReplyDelete
  3. itulah pasal. sama macam palestin dan tibet, atau mungkin di zimbabwe yg lebih teruk.

    apapun, di mana-mana kezaliman tertolak. raikan cinta!

    ReplyDelete
  4. kalo kerjayanya polis mesti dia akan terlepas dr hukuman...

    ReplyDelete
  5. suka atau tidak. itulah realiti buruk dan pahit negara kita.

    sebab itu aku percaya kepada perlunya reformasi besar2an.

    ReplyDelete
  6. ini tindakan polis yg zalim..jgn biarkan negara jd negara polis pasti akn lbih parah.Undang2 xd hrmati dgn mmblakangkannya..

    ReplyDelete
  7. polis, sila tangkap mamat gagak hitam ini! hahaha

    ReplyDelete