Wednesday, January 21, 2009

Sambung Sikit Tentang Darjah 1 dan Cerita Lain

Sejak tadika sebenarnya, aku biasa makan telur separuh masak dua biji. Kalau tak ada, mak akan beli nasi lemak kurma atau nasi lemak sambal telur atau bilis. Sedap beb! Harga nasi lemak masa tu baru 20 sen, dapat bayang tak besar mana? Rasa aku 1/2 daripada nasi lemak RM1 sekarang (ikut saiz nasi lemak yang dijual di kedai Bismillah a.k.a. Kembar di Seri Serdang...phew, dah lama tak lepak sana). Masuk darjah 1, rasanya aku dah kurang menikmati sarapan begini, hurm..

Tadi baca blog Sarah, hairan juga aku budak-budak Medic yang ramai juga aku kenal di Rusia, Indonesia dan Malaysia macam banyak pula masa lapang. Tapi ada je yang di Ireland (ehem!), India dan Jordan yang sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Hurm, dari dulu aku rasa orang kerja di hospital ni hebat sebab aku banyak tengok mak kot? Pada aku kerja di hospital ni semua baik-baik sebab tolong orang, walaupun ada juga kes yang aku dengar teruk - almaklum kerja berkaitan manusia ni memang kena layan la banyak songehnya. Aku belajar Khidmat Pengguna Rekreasi, sabar jerla dengan karenah manusia ni.

Eh, sebenarnya aku nak cerita kisah balut buku sikit memandangkan tertarik dengan apa yang Sarah tulis. Aku rasa budak lelaki mungkin tak ambil pot sangat hal balut buku ni. Dulu mak balut buku aku. Aku tolong-tolong buat pandai juga la. Aku ingat sebelum tu ada juga tolong arwah kakak. Setakat tolong gunting tape untuk lekat. Tapi budak perempuan nampak sangat suka balut buku dan cantik-cantik pula tu. Buku aku guna kertas minyak je. Dah besar sikit ada la guna plastik tapi lepas tu pembalut buku ni pun macam jadi produk perniagaan pula.

Darjah 1 ni ada budak perempuan yang pakai skirt, ada yang baju kurung. Budak lelaki pun ada yang seluar panjang dan ada yang seluar pendek. Aku tentunya seluar panjang :)

Hurm, aku rasa tak banyak aku ingat tentang darjah 1 ni. Tapi masa aku ambil kelas Kaunseling untuk Pembangunan Personaliti di Fakulti Pendidikan (ni antara subjek luar silibus yang aku ambil), boleh dikatakan semua juruteori personaliti membangunkan pendapat berdasarkan perkembangan usia dan menarik sekali apabila terdapat kenyataan bahawa pengalaman zaman kanak-kanak akan mempengaruhi sikap kita apabila kita dewasa misalnya jika kita masa kecil diberi kebebasan untuk main apa saja, kiranya macam mak ayah kita biar je, jatuh pun takat menangis je...bila besar mungkin kita akan cenderung independent - buat keputusan sendiri. Pengalaman buruk zaman kanak-kanak misalnya tengok mak ayah bergaduh juga mungkin menimbulkan rasa benci dan dendam contohnya anak tak suka mak, maka ada persepsi yang buruk dalam diri dia pasal perempuan dan begitulah sebaliknya.

Hurm, aku tak kahwin lagi maka aku tak tahu. Tapi seperti biasa, teori sains sosial ada sisi benarnya dan ada sisi tersasarnya. Kadang-kadang seronok kan tengok keluarga yang cool, anak nak apa pun dapat dan sebagainya. Itu mungkin pandangan kita masa tu. Tapi percayalah, keluarga yang kita ada, merekalah yang paling berharga dan harus kita jaga. Ia memerlukan jiwa besar kita untuk membina hidup baru. Kita tak harus biar hidup kita dibelenggu sejarah hitam sebaliknya tukarkan ia kepada yang positif. Maka, sesiapa yang jadi ayah dan ibu...janganlah terlalu memanjakan atau menunjukkan sikap buruk terhadap atau di depan anak-anak.

Huh, Fynn tulis pasal dia dan ayah dia pula hari ini. Ini telah bikin aku jeles! Hurm, aku lebih rapat dengan emak rasanya. Mak garang tapi mak jarang marah. Ayah selalu marah tapi ayah kuat kerja dan baik sebenarnya walaupun badan aku ni birat juga la kena rotan masa kecil. Kadang-kadang aku fikir bila dah besar ni, ada sifat-sifat emak dan ayah yang aku warisi - haha, nama pun genetik. Aku tau ayah bangga bila aku ikut jejak dia minat politik dan banyak tolong orang. Tapi mungkin ayah tak pandai menzahirkan rasa bangga ini secara nyata dan aku hanya tahu melalui pihak ketiga. Mak juga bangga bila aku selalu jadi benchmark untuk adik-adik berusaha keluar dari kitaran kesukaran zaman remaja yang selalu rasa payahnya nak hidup.

Sarah (yang lain) pun tulis dilema dia...hurm. Aku rasa memang kot bila kita dah dewasa (maksud aku bukan usia tapi akal rasional dan emosi), kita akan lebih menghargai keluarga. Dulu masa aku sekolah memang malas gila nak ikut jumpa sanak-saudara dan nak pergi kenduri, berbeza dengan masa aku kecil. Dah besar ni baru rajin pula dan tak nak lepaskan peluang untuk pergi kenduri apa bagai semua ni.

Kadangkala aku dilema. Aku mahu settle down di Perlis dan aku percaya satu hari aku akan balik ke sana sebab jauh di sudut hati aku mahu menyumbang kepada negeri aku yang kecil molek tu. Entahlah apa yang boleh aku berikan...dan aku bertarung dengan cita-cita melanjutkan pengajian di peringkat PhD (di luar negara insyaAllah)...Apa yang aku tahu - Hidup biar berjasa (dan ini moto Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)).

Panggilan mana yang harus aku turutkan? Semoga 2010 tidak terlalu lekas datang...Ah, layan dululah lagu ni..

8 comments:

  1. persekitaran keluarga membentuk personaliti seseorang kan?

    itu sbb nya, klu cerita hal abah aku, pd Mr.SNM, aku jarg crte. nnt ada bunyi cemburu di hujg ayat dia..aduuusss. tp aku tetap cerita tak henti2, sbb mcm aku penah ckp dlu, perempuan kdg2 cari lelaki yg sama mcm ayah dia: cth mcm manny, nk cari future husband sm mcm ayah dia :) Mr.SNM dtg dr keluarga yg bercampur2 :) sdkt complicated dan ats sbb itu, dia pnh ckp, x mahu bakal2 penyambung zuriat dia, terima mcm apa dia rs ktka kecil :)

    aku rs, aku closed dgn 2-2. dlu2 ms kecil, abah aku seorg banker kami adik beradik :) mama pula, byk bising, mbebel itu ini. bila dh besar gajah cmni, aku kenang2 balik crta lama, sedih sndr. abah aku penah eksiden, teruk jg, msuk ICU, operation, berjahit di muka. sbb terkenang adik aku yg gemok tu, dia marah adik aku sblm dia pegi keje. bila smpi di Terminal 3 Subang Airport (ofis lama dia), dia mcm nmpk bayangan melintas, x sempat elak, tbabas di situ, naik moto. kejadian di tghari, ptg br dpt tahu. rs nk menangis la pulak.

    uiks..dh mcm entri la pulak :p

    ReplyDelete
  2. haha, it's ok.

    ya, bukankah tercatat dalam Al-Quran manusia yang baik itu macam pokok yang baik?

    kita belajar tentang hutan kan?

    pokok perlukan tanah yg baik, dijaga dan pelbagai lagi faktor yang kita panggil persekitaran.

    sebab itu aku encourage kita tangani kepelbagaian realiti yg ada dgn baik. kita harus akur bahawa kita tak semuanya sempurna, maka belajar memberi dan menerima. belajar untuk tidak terasa sgt2 sampai putus sahabat. bina rasa percaya sesama kita.

    jangan lokek minta maaf walau byk kali (perempuan mmg sukar ucap maaf kan?). dan jgn lokek memaafkan. pada aku ia kunci kepada hubungan. tentunya tiap dr kita mahu berikan yg terbaik tapi kita manusia, kdgkala apa yg kita fikir tak sama dgn org lain walaupun subjeknya sama!

    tapi ingat - ini semua bukan excuse utk membenarkan kelemahan diulang. kita semua mesti ada cita-cita kaizen - hari ini lebih baik dr semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

    insyaAllah, ayuh cuba!

    ReplyDelete
  3. mari mari mari cuba jaya..er..harus berjaya dgn teori kau tu :)



    *bila dpt mkn free, dr owner WHG ni ye?:p

    ReplyDelete
  4. urm, wait..bos aku balik London Ahad so biar aku finalize kerja2 aku semua.

    byk gak benda nak ditanya korang sbb aku rasa telah tiba masanya 2010 aku balik ke Perlis dan settle down di sana.

    ReplyDelete
  5. ermmm telur separuh masak... family aku panggi telur 3 suku... hahahha

    nostalgic betul... itu la sarapan aku dan abang masa sek rendah... senang kan...

    ReplyDelete
  6. ya, hehe..ok2..dulu mak aku panggil panggey ia telur 3 suku. tapi bukan ke 3 suku tu utk perkara semacam mereng? hehe...

    ReplyDelete
  7. SnM jgn tnye ble dpt mkn free..Amin kata mngkin thn 2010..die dh dpt rse..hahakz..opss aku da pch lubng..sowi min.

    ReplyDelete
  8. a'ele mamat obama ni...

    wamakaru wamakarallah wallahu khairun makhirin....

    ReplyDelete