Kedua-duanya aku - night and morning person. Tapi akhir-akhir ini memang aku banyak berjaga malam. Dulu kadang-kadang aku saja 'teman' si dia yang buat kerja sampai lewat malam. Yerla, bila sayang, kalau boleh kita nak kongsi rasa susah payah tu. Tapi kau jangan ambil hati kalau si dia tak peduli pun malah mungkin tak suka.
Seingat aku, hidup malam ni bermula masa dah habis UPSR. Aku cerita sikit-sikit saja sebab aku kalau boleh nak jadikan kisah hidup aku ni tersusun secara bersiri. Ok, lepas UPSR aku mula belajar main gitar di bawah pokok di kawasan bengkel depan taman aku. Di sana port anak-anak muda Kampung Guru dan Taman Suriani (penempatan kami ni bercantum). Tapi separuh daripada yang ada budak-budak luar. Seingat aku masa itu aku yang paling muda.
Lepas UPSR konon dah rasa dewasa sikit. Aku mula lepak di bengkel sebab mereka ajak aku main Chess. Darjah 6 aku Naib Juara peringkat negeri bawah 12 tahun dan tempat ke-3 tertutup Perlis bawah 15 tahun. Masa ni abang dah kerja dengan Ahadiat Akashah untuk majalah kartun BOOM! Jadi, aku anak yang paling besar ada di rumah - konon rasa dewasa, haih!
Aku ambil kesempatan melepak dengan mereka semua ni untuk belajar main gitar. Aku tak minat dengan motor dan kereta walaupun mereka ni semua Mat Racing (dulu tak ada istilah rempit). Zaman itu zaman kecoh istilah bohjan dan bohsia tapi aku tak campur walaupun pernah la aku tengok awek-awek hot dan mengghairahkan masa keluar makan ramai-ramai. Entah kenapa, aku tak pernah minat dengan semua ini. Oh, darjah 6 aku dah bercinta monyet, haha! Macam harem kan? Tapi dia sampai sekarang jadi kawan baik aku. In fact, gf aku masa tingkatan 3 dan tingkatan 5 - both adalah kawan baik dia. Ops, bukan cerita tu nak ditulis, haih! Pendek kata, aku tak teruja dengan gaya hidup Mat Racing ni.
Tingkatan 2 sampai tingkatan 5, hidup malam pun hanya keluar jamming dengan kawan-kawan - Udi, Araiz dan Wandi. Masa ni senior aku pun sering ajak aku jamming dengan mereka. Konon side project la sebab interest berbeza-beza - dari Grunge, Indie dan Butter Music. Aku rasa era 90-an zaman kemeriahan muzika kot? Kalau tanya aku siapa idola muzika aku memang tak terhitung la. Kalau vokal memang aku suka Kurt Cobain (Nirvana), Daniel Johns (Silverchair), Eddie Vedder (Pearl Jam), Axl Roses (Guns n' Roses), Billy Corgan (Smashing Pumpkins) dan Emmett (Butterfingers)...tapi aku suka juga Dave Grohl bila Foo Fighters dah release album The Colour and The Shape. Padu!
Di kampus aku berhenti main muzik (hampir sepenuhnya) walaupun pada beg aku masa tahun 1 Diploma tu masih tergantung tag Artist - Flossy Distortion (nama band aku masa main gig dulu). Oh ya, itu mungkin kali terakhir aku main muzik sepuasnya - petangnya aku secure Piala Pusingan Catur Remaja Negeri kali ketiga sebelum malamnya melalak dia atas pentas. Yang aku boleh ingat ada band luar yang gah juga - Novokane (aku suka t-shirt yang kalian jual dulu! sayang gila..) dan Custom Daisy.
Di kampus memang rajin jaga malam, tapi bukan burning the midnight oil sangat pun. Ladang durian tu adalah tempat mengadap sambil berkongsi macam-macam kisah dengan kawan-kawan. Entah kenapa, mereka suka betul dengar aku bercerita. Kalau dah mood bercerita tu datang, memang tak tidur la.
Kadang-kadang main gitar sambil cipta lagu sendiri - lirik suka hati tapi biasanya kutuk sesama kami dan juga kutuk apa yang tak kena dengan kolej dan universiti. Lagu paling popular tentunya lagu Hotel California yang kami tukar lirik kepada Kolej Tiga Belas. "Welcome to the Kolej Tiga Belas...Kolej macam haram, buat aku geram.." (pandai-pandai la sambung, tapi part chorus memang ayat tu la, haha. Geram-geram pun kami semua berebut nak kekal beb sebab akhirnya best atau tak tu kau yang tentukan. Pernah juga aku, Alam si PTD, Azmir Petani Moden, Yus, Radzi dan Mol What's Up! buat gila zaman UPM bebas lepas dulu. Keluar pukul 2 pagi beli Slurpee di 7e dan lepak di jirat Cina UPM tu. Tu kira mati akal nak buat apa la tu...
Tapi biasanya tengah malam ialah waktu aku membaca buku-buku yang tak berkait dengan bidang akademik aku secara langsung. Katil dan almari aku memang penuh dengan buku la..entah ada yang hilang aku tak tahu - hakikatnya memang ada yang hilang! marah betul aku..). Sampai sekarang tabiat baca buku tengah malam ni tak boleh tinggal. Aku sebenarnya tak boleh study atau membaca dalam library sebab sangat senyap sunyi. Aku ni jenis baca satu bab atau satu sub-topik, kemudian jalan-jalan buat air ke, tengok CD jap ke, layan YouTube ke, pergi tengok budak-budak main ping pong ke atau aku sendiri layan main ping pong dan pelbagai lagi.
Dua tiga menjak ni kerap pula email dan nombor telefon yang aku tak kenal 'tersalah' sms atau email tanya macam-macam. Okla, aku memang jenis melayan. Tapi satu hari ni memang potong stim betul. Ada pulak gay mana dok seduce aku macam-macam dalam telefon. Memang harem sungguh!
Malam selalu jadi ilham - malam semalam sementara tunggu nak ambil Naim di Jalan Duta, aku melayan Daniel Johns dan Kurt Cobain - rasanya berpuluh lagu juga. Dan aku rasa muda kembali, yay! hahaha, aku tau kau jeles... :p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehehe... teringat zaman kat kampus dulu... selalu gak stay up sampai kul 3pagi... kdg2... sampai subuh... kalo esoknya tak dak kelas... lepas subuh... kuar jogging... then balik tido... hahaha...
ReplyDeleteyela kanda..dinda pun rs muda belia even tahun berganti tahun kan?
ReplyDeleteokey..djh 6 aku x penah guna kata ganti tsebut ye :p
sj pecah rahsie :D sbb aku tahu, kau x smpi hati nk ketuk aku kn? melainkan mmany penah rs siap nanges2 kt aku! amin ja'at! :P
Cinabeng,
ReplyDeleteItu rahsia darjah 6 wei! hahaha..
Kau sangat kureng aa Falin..
Azni,
Baru jarak sikit dengan famili la katakan..hehe
ermmm bygkn klu mlm x wujud...cmna?
ReplyDeletemaknanya waktu di Jepun dan di Malaysia tak sama la v :)
ReplyDeletemalam memang best kalau ade membe ajak layan sembang sambil minum kopi atau layan YM sampai lemau!!
ReplyDeleteweh!!hal GRF ko dh settle ke?bile nk blanje ni?=P
Aura muda itu yang paling penting bang. :)
ReplyDeletebetoi sangat dah tu! haha
ReplyDeleteDuniakan milik anak² muda. Jadik kita kenalah sentiasa muda kan..huhuhu!
ReplyDeletehaha, itu kata Isham..dan aku yg muda mestilah sapot! hehe
ReplyDelete