Saturday, January 17, 2009

Wheather The Change

SMS masuk.

PAS menang di KT dengan majoriti sekitar 2700 undi (Star menyatakan majoriti 2,631).

Biarlah aku berterus-terang, siapa menang sekalipun, kita sebagai rakyat harus sedar kepada beberapa asas penting atau dalam bahasa lain untuk aku - rukun negara.

Ya, aku minat politik tapi sebagai seorang pendokong idea libertarian, di mana-mana kami akan bercakap soal small state atau kerajaan terhad.

4 prinsip asas libertarian jelas terpampang di laman WauBebas.Org:
i. Individu Merdeka (Individual Liberty)
ii. Pasaran Bebas (Free Market)
iii. Kerajaan Terhad (Minimal State)
iv. Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law)

InsyaAllah aku akan menulis beberapa cabaran libertarian dalam realiti Malaysia di WauBebas.Org. Bermula daripada isu Islam Liberal, isu pemahaman konsep yang salah terhadap pengertian kapitalisme (nama lain bagi libertarian) dan juga usaha tersusun dengan modal hujah yang tersasar oleh sebilangan kelompok.

Politik idea merupakan satu cabaran besar di Malaysia terlepas soal nama-nama parti dan kita terutamanya orang muda harus mewujudkan demand ke arah ini.

Dalam realiti yang ada, keutamaan pada aku ialah mengendurkan atau merobohkan dasar favouritism dan protectionism. Orang Melayu tidak harus lagi disogokkan dengan harapan-harapan palsu sebaliknya didorong menjadi self-sufficient sebagaimana layaknya kita mahu diikat dengan definisi perlembagaan i) berbahasa Melayu, ii) amal adat budaya Melayu dan iii) beragama Islam.

It's not that easy but we have to take up the challenge...this is the way I show my patriotism...

2 comments:

  1. btol, whoever wins.
    bialah ade kesedaran.

    ReplyDelete
  2. rakyat harus mula, bukan biar pemimpin buat semua perkara...

    we deserves leaders sesuai dgn kesedaran kita :)

    ReplyDelete