Maka pengharaman buku jadi pilihan. Kononnya takut manusia sesat dalam pencarian. Selalunya yang tidak sesat, walau apa pun tindakan yang dibuat, ialah mereka yang sama ada berkuasa atau tidak ada perisai kepada persoalan yang dihadapkan.
Dalam banyak waktu, cubaan memahami, sebagaimana disaran Al-Quran bukanlah jadi pilihan utama. Kerana puak-puak (aku sebut puak-puak!) ini selalu percaya mereka telah menemui Allah s.w.t.. Maka (pendapat mereka) jika 'ada' Tuhan lain maka ia wajib diperangi dengan kekerasan. Seolah-olah secara pasti mereka telah menemui Allah s.w.t. dan Tuhan lain yang mereka percaya ada pada fikiran orang lain itu betul-betul dimaksudkan Tuhan oleh orang lain.
Pada waktu lain mereka akan bermuka-muka kononnya Islam itu agama kedamaian, agama yang bertoleransi dan sebagainya. Tapi atas nama Islam juga tangan mereka tergamak untuk melakukan sesuatu yang tidak Islamik. Mereka malas menulis dan jika ada yang menulis tidak pula tulisan itu dapat menyerap dan memberi inspirasi kepada pembacanya.
Belum pernah lagi aku terbaca, Rasulullah s.a.w. sibuk 'menyesatkan' mereka yang tidak mengikut jalannya melainkan cubaan demi cubaan secara progresif meyakinkan umatnya. Dan Baginda s.a.w. juga cukup progresif, bersikap terbuka dan adil untuk membenarkan faham lain selain faham Islam dibentangkan kepada umat dan Islam juga ditawarkan secara kompeten untuk bersaing di pasaran fikrah.
Friday, February 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, saya sedang mengumpul bahan-bahan di Internet tentang isu pengharaman buku, khususnya yang terkini "Islam & Pluralisme".
ReplyDeleteJika ada catatan blog, surat pembaca, artikel atau ulasan tentang isu ini, sila nyatakan di blog saya.
Kami juga, yang bergabung bersama Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT), mengharapkan sokongan anda dengan cara MENULIS SURAT kepada laman-laman web media, misalnya Malaysiakini.com tentang isu ini.
Terima kasih. Salam. faomar@yahoo.com