Sunday, February 17, 2008

Ntah Apa-Apa!

Berita ini aku petik secara bebas dari HarakahDaily, salah satu laman wajib untuk mendapat pandangan berimbang berkaitan situasi politik di Malaysia...

Presiden PMN, Azlan Zainal berkata pertimbangan mereka sangat jelas yakni mahu mengetengahkan isu kepentingan generasi muda dalam masyarakat sempena pilihan raya umum ke-12 ini.

"Pada hemat kami, pendekatan kita juga bukan untuk menyerang Pak Lah atau mana-mana pihak; tetapi lebih berkongsi hasrat baik mahasiswa dalam soal kepentingan generasi muda. Selebihnya, terpulanglah kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), juga parti-parti alternatif untuk menerima keberadaan kami ini," ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama, ujarnya, jika benar PAS mahu bertanding di Parlimen Kepala Batas, PMN mencadangkan PAS menilai semula keputusan pencalonan parti tersebut di sana.

"Ini adalah kerana PMN berhasrat untuk bersaing dengan bekas Perdana Menteri Malaysia; juga Pengerusi OIC ini secara 'satu lawan satu'. Jika PAS tetap meneruskan niat untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas tersebut, sedarlah kami; seluruh mahasiswa dan generasi muda bahawa PAS juga dalam beberapa pertimbangan tidak prihatin terhadap perjuangan generasi muda dewasa ini," katanya.

Walaupun aku mendokong adanya peluang untuk semua pihak ke depan menyatakan idea dan tindakan untuk dinilai pasaran, untuk kes ini aku hanya mampu kata "Ntah apa-apa!".

6 comments:

  1. Haha... aku pun nak cakap jugaklah. Ntah apa-apa!

    ReplyDelete
  2. slm..
    saya cadangkan baca artikel ini

    http://zainulfaqar.wordpress.com/2008/02/19/apabila-parti-lebah-mencabar-parti-babi/

    ReplyDelete
  3. ok la tu..atleast mereka mencuba meskipun ramai org dah tau hasilnya nanti....

    tapi if depa bertanding kat tempat aku,mmg aku tak undi pun,hehe...

    aku rasa macam memahami perasaan mereka ini,tp xmampu mengungkapnya melalui bahasa verbal.

    ReplyDelete
  4. Perlu difahami 'Ntah Apa-apa' itu ditujukan untuk kenyataan PMN terhadap PAS.

    Penulis sedikit sebanyak tahu 3 kerusi yang akan ditandingi PMN dan penulis sedikit sebanyak dapat membaca percaturan PMN untuk long term. Tidak ada masalah tentang itu dan penulis mahu rakyat merasa bebas untuk meraikan jiwa merdeka dengan penuh tanggungjawab.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  5. tapi aku berasa sangsi sekali(mungkin lebih) dgn PMN ni amin.

    ReplyDelete
  6. Anda berhak berasa sangsi tapi anda juga harus memberi hak untuk mereka berbuat apa yang diyakini mereka atas rangka kebebasan yang mudah difahami.

    Raikan kebebasan dengan tanggungjawab yang sedang mereka cuba laksanakan.

    Anda bukan saja berhak untuk sangsi, malah berhak untuk kempen tidak bersetuju terhadap mereka tanpa menafikan kebebasan mereka untuk mengajak orang ramai bersetuju dengan mereka.

    Yang pasti untuk saya, Menteri di KPT sangat keliru. Dalam membolehkan PMN bertanding, mereka tidak membenarkan mahasiswa aktif politik (saya malas mengutip panjang fakta ini, anda boleh cari).

    Politik Malaysia belum lagi benar2 baru. Yang baru mungkin hanya percubaan. Dan maaf saya katakan, PMN belum meyakinkan saya mereka membawa agenda baru.

    ReplyDelete