Tuesday, February 26, 2008

Parti atau Calon?

Pandangan SS Mufti Perlis, Dr MAZA untuk aku harus dilihat dalam konteks yang ideal. Dalam konteks Malaysia, saat media dibungkam, saat penipuan, kezaliman dan keampuhan sistem 'dirogol' oleh Barisan Nasional, pandangan Dr MAZA perlu ada exceptional.

Sebab itu dalam memperkatakan konteks yang ideal ini, wacana harus dibuka - parti dan penggiat politik yang mahu berada dalam koridor kuasa harus mengerti. Ramai lagi kelompok ini, baik dalam BN dan selainnya masih terperangkap dengan sentimen politik lama yang bersarang kerana mungkin kebetulan parti dominan Melayu menguasai kerajaan dan pembangkang.

Bukan, bukan Melayu yang patut disalahkan. Maksud aku di sini ialah pool pengundi Melayu yang difokuskan UMNO dan PAS telah menjadikan wacana sempit, ditambah dengan permainan isu 13 Mei, hak ketuanan Melayu, Dasar Bumiputera, Negara Islam dan lain-lain.

Alhamdulillah Reformasi 1998 telah mengheret wacana baru, meskipun belum ketara, tetapi ia insyaAllah akan beransur membentuk wajah baru Malaysia. Pertambahan mendadak akses internet dari sekitar 200 ribu orang pada 1999 dan kini sekitar 14-15 juta memungkinkan wajah baru Malaysia dan wacana baru digerakkan.

Rakyat harus belajar bahawa penggantungan terhadap parti tidaklah sihat sepenuhnya melainkan penggantungan ini disertai dengan komitmen memperbaharui tekad dan upaya menggerakkan wacana baru oleh tiap individu - agar parti yang didokong berwibawa untuk bergerak selari dengan arus zaman.

Parti atau calon, kedua-duanya penting dalam konteksnya. Pilihan Raya Umum ke-12 ini sewajarnya kempen aku ialah Tolak BN! kerana sudah cukup jelas, atas nama kolektiviti, wacana segar individu dipandang remeh oleh sistem yang digerakkan oleh BN!

Ramai juga yang berandai-andai jika selain BN menang, apa mereka nak buat? Untuk aku, yang terang dan nyata kita hadapi dulu. Rakyat harus ingat bahawa pemerintahan masa depan yang harus kita cita-citakan ialah kepimpinan yang bekerja mengangkat maruah dan martabat rakyat, bukan menunggangi rakyat!

2 comments:

  1. perubahan ini (wacana baru)lebih molek jika ianya datang dari dlm UMNO dan parti kompenannya. semua ahli parti(termasuk pembangkang!!)harus sama2 berubah.

    ReplyDelete
  2. ya, terpulang..

    parti mana sedar harus bekerja untuk itu. dan kita akan melihat parti mana yang mampu carry the message :)

    ada org bercakap pasal Islam tapi tak mampu carry the message dari segi budaya, penampilan, amalan dsbgnya.

    ada org bercakap lawan rasuah tapi tak mampu carry the message dari segi keberanian, ketegasan dan gerak kerja..

    lupakanlah parti politik. ayuh bekerja memperkasakan rakyat. sbg seorang liberal, saya bercita-cita utk kerajaan yang minima dan menggerakkan kuasa pasaran - sudah tentu saya mahu menggerakkan pasaran yang baik! jom!

    ReplyDelete