Anda mahukan kedaulatan undang-undang? Anda bimbang jika pasaran bebas akan melahirkan ketidakadilan sosial? Pernahkah anda terfikir apa maksud sebenar kebebasan? Adakah anda mahukan negara anda mempunyai institusi-institusi liberal demokratik yang benar-benar kukuh? Jika ya, marilah menyertai siri Akademi Merdeka untuk meneroka persoalan-persoalan ini dengan lebih mendalam.
Kami menjemput warga Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei untuk menyertai Akademi Merdeka kali pertama yang akan diadakan pada 22 – 24 Ogos 2008 (Jumaat – Ahad) di Hotel Residence, UNITEN, Bangi, Selangor, Malaysia.
Penyertaan dibuka kepada para pelajar universiti, graduan, serta golongan profesional muda. Kami mengalu-alukan mereka yang bersimpati dengan idea-idea liberal klasik dan libertarian, atau mereka yang ingin tahu lebih lanjut.
Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
Salam ziarah...Amin...blog hop dari blog Nora..terlihat gambar dato' sanusi kita..dari gambar terus teringat nama dia..walau muka dia amat berbeza dan sgt kurus..ya..terkenang peristiwa mogok lapar dulu..sedang cuba ingatkan balik muka amin..
ReplyDeleteAkak bersama kak jije isteri Pak Abu dan isteri tahanan isa yang lain di dalam GMI di era reformasi dahulu..skrg masih di sini...
Saya tak glamer pun :)
ReplyDeleteJika akak ingat, semasa mogok lapar berkenaan dulu ada 3 orang student yg turut sama mogok..
1. Muthanna anak Pak Abu
2. Mutma'in (mantan pelajar UIAM dan juga aktivis KARISMA dulunya), tapi beliau berulang alik dari kampus kerana UIAM belum bercuti.
3. Saya yang waktu itu masih di tahun 2 pengajian Diploma.
Muthanna pasti ingat pada saya kerana dia ada menulis hal ini dalam Suara Keadilan waktu itu tanpa menyatakan nama saya. Raja Petra juga tak masukkan nama saya dalam freeanwar kerana tidak mahu nama mahasiswa disabitkan. Yang pernah ada ialah di laman web hakam.
Selepas lebih kurang 3 hari dan diperiksa oleh anak Raja Petra, kandungan gula dalam badan saya yang paling rendah, x silap saya 2.7. Kadar normal sekitar 3.3, dan menurut Dr lagi jika turun hingga 2.5 saya boleh pengsan dan tidak sedarkan diri..sampai Raja Petra bersorak 'nak buat kenduri jika ada yang pengsan'.
Saya berhenti selepas 90 jam kerana terpaksa menjalani latihan praktikal. Jujurnya saya tidak kenal ramai orang masa tu sebab saya percaya pada causes, bukan pada orang. Hanya saja kini telah lama bercampur dengan selainnya, maka kenal ramai la :) Dan saya juga tidak ke Terengganu semasa Road Show, seingat saya selepas ke Chinese Assembly Hall, saya pulang ke kampus.
Kita tidak mogok sepenuhnya, tapi niat berpuasa dengan meneguk air seteguk semasa sahur dan berbuka.
Saya berhasrat menulis pengalaman kecil saya dalam Diari Kampus nanti.
Pewaris Reformasi..
ReplyDeleteTak glamer pun..tapi rasanya akak masih ingat..anyway telah tercatat dalam sejarah..program MOGOK LAPAR kita dulu..satu tempoh masa yang amat sebuk buat kita dan kami AJK GMI dan PSK khusunya ketika itu..ada saja aktiviti yang kita jalankan selama tempuh tersebut. Alhamdulillah berkat perancangan yang teliti dengan bantuan ramai aktivis terutama sekali aktivis reformasi ketika itu...ianya adalah satu peristiwa yang akan tetap terpahat dalam memeori kita semua yang terlibat...bukan mudah untuk melaksanakannya...kita dapat komitmen penuh dari semua..kita juga dapat satu team doktor lawyer yang terbaik dan berdedikasi...pejuang yang ditahan ISA ketika itu juga mempunyai semangat juang yang tinggi dan faham dan yakin yang mereka adalah TAHANAN POLITIK...teruskan niat dan berusaha untuk menulis..semoga berjaya...
Saya tidak terlibat sebagai jawatankuasa. Waktu itu saya sedang diskusi dengan kawan2 di Bangsar. Bila terdengar mogok lapar, kami singgah ke Taman Melewar dan saya langsung membuat keputusan bahawa saya akan mewakili suara mahasiswa waktu itu - dalam realiti ramai yang saya tidak kenal. Malam itu juga balik dan ambil sedikit pakaian untuk tinggal di Taman Melewar. Sampai sekarang saya tidak tahu siapa yang menguruskan mogok lapar dan itu satu2nya waktu saya berpeluang jumpa Ustaz Fadzil Noor berhadapan. Seingat saya ada lawatan dari Kedutaan Jerman.
ReplyDelete