Tuesday, July 15, 2008

Perkembangan Isu Di Malaysia: Baca Yang Tersirat

Lama sebelum ini....

Disebut di mahkamah oleh 'seseorang' (huh!) bahawa perbicaraan Altantuya hanya melibatkan tiga orang tertuduh sahaja, dan tidak boleh melibatkan orang lain!

Pada satu waktu dalam perbicaraan kes Altantuya, isteri Razak Baginda menjerit "suami saya bukan nak jadi Perdana Menteri!".

Baru beberapa waktu sebelum ini...

Raja Petra mengeluarkan Kenyataan Bersumpah bahawa DS Rosmah berada di tempat kejadian semasa (arwah) Altantuya diletupkan dengan C4.

DS Rosmah menafikan selepas beberapa waktu, DS Najib menganggap tuduhan Raja Petra sebagai 'sampah' yang tak perlu dilayan.

DS Anwar menyatakan (secara tertutup) bahawa dia akan membuat laporan polis terhadap pengalihan fakta oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Kita tunggu perbicaraan mahkamah (nanti, jika berlaku) bagaimana maklumat ini sampai kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara (kemungkinan kes mahkamah paling tragis di Malaysia selepas 1998).

Baru-baru ini...

DS Anwar dituduh liwat oleh Saiful Bukhari, bekas pembantu peribadi (beliau bertindak sebagai pembantu peribadi selepas sdr Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat DS Anwar - baru lagi dan tidak lebih dari mengambil tugas Rahimi selepas mengekori Rahimi sekian lama).

Penyiasat persendirian Razak Baginda membuat Kenyataan Bersumpah yang mengaitkan DS Najib dengan Altantuya antara lain menyatakan hubungan seks dan liwat antara keduanya dan juga soal tuntutan komisen projek yang melibatkan Altantuya sebagai orang tengah. Dalam sidang media, sesi soal jawab berlaku dan dijawab oleh Penyiasat Persendirian ini. Hebahan kepada media dilakukan bersama DS Anwar selepas Penyiasat Persendirian ini bersama peguamnya menghubungi peguam DS Anwar.

Penyiasat persendirian ini kemudiannya dipanggil ke Balai Polis Brickfield sebelum kemudiannya membuat satu lagi Kenyataan Bersumpah yang menarik semula beberapa Kenyataan Bersumpah sebelumnya berkaitan DS Najib. Beliau tidak membuat sesi soal jawab dengan wartawan dan dibawa pergi dalam keadaan yang dilihat 'ketakutan'. Beliau kemudiannya didapati 'hilang' sebelum menghubungi anak saudaranya. Anak saudaranya sebelum itu membuat pengakuan bahawa pendedahan dalam Kenyataan Bersumpah pertama adalah menepati apa yang pernah disampaikan kepadanya lebih kurang 6 bulan lalu. Anehnya, Penyiasat Persendirian ini boleh ditemui polis untuk mengambil kenyataannya. Anak saudaranya juga dilarang membuat sebarang kenyataan oleh Penyiasat Persendirian ini kerana ia dikategorikan 'membahayakan'.

Baru sangat...

DS Anwar memfailkan tuntutan Qazaf atas tuduhan yang dinyatakan tidak berasas oleh Saiful Bukhari terhadapnya.

DS Najib bersumpah tidak kenal Altantuya.

DS Anwar menghantar surat setuju untuk berdebat dengan D Shabery Chik berkaitan isu minyak.

Kelmarin jalan ke Kuala Lumpur sesak. Aku keluar sekitar jam 9 pagi, selepas mengambil kawan di Komuter Serdang kami terus menghala ke Kuala Lumpur. Kami tiba sekitar jam 11. Difahamkan tidak kurang 100 pegawai keselamatan berada sekitar Parlimen. Undian di televisyen menunjukkan sekitar 80% rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan ini.

Usul Undi Tidak Percaya kepada Perdana Menteri telah ditolak akibat kesilapan teknikal satu perkataan yang membawa pertelagahan sekitar 45 minit di Parlimen sebelum Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memilih keluar Dewan sebagai tanda protes.

DS Anwar sebelum itu dipanggil ke Balai Polis untuk diambil kenyataan. Umum melihat ini sebagai tanda DS Anwar akan ditangkap memandangkan kerajaan membuat satu kenyataan pelik bahawa mereka mendapat maklumat akan berlaku demonstrasi oleh Penyokong Pakatan Rakyat. DS Anwar dilarang berada di Parlimen dan mesti berada tidak kurang dari 5 kilometer radius dari Parlimen.

DS Anwar menyatakan kesediaan dia memberi kerjasama untuk kenyataan Polis. Beliau bagaimanapun membuat satu protes pada waktu yang dijadualkan ekoran intimidasi dari pihak polis.

Hari ini...

Sebahagian tokoh agama mengeluarkan kenyataan terhadap isu tuduhan liwat kepada DS Anwar.

Masa debat dipendekkan...

DS Anwar akan ditangkap berdasarkan Waran Tangkap Polis ekoran kes tuduhan liwat...

Persoalan...

Debat batal?
Gelombang Reformasi 1998 akan menjelma semula?
Isu tuduhan liwat akan dibawa ke mahkamah?
Instrumen kerajaan akan diliwat sekali lagi?

Di mana salinan laporan Saiful yang telah berkali-kali dipohon oleh peguam DS Anwar untuk rujukan kes? Kenapa polis boleh pergi mendapatkan kenyataan Bala, tapi mahu DS Anwar datang ke balai? (ini bukan isu sangat untuk aku...tapi baca saja yang tersirat). Kenapa dalam laporan liwat jadi tergesa-gesa dan tidak Kenyataan Bersumpah?

Banyak lagi soalan nak bagi sebenarnya...bak kata kawan aku "sialan!".

Sama-sama kita nantikan....

Sebagaimana aku nyatakan sebelumnya..isu ini adalah isu terakhir yang akan menjadi benteng kepada kerajaan. Mereka akan dipasung kali ini. Tapi mereka sedar..dan mereka berkemungkinan akan menggunakan segala-galanya untuk memastikan ia tidak berlaku.

Manusia merancang, Allah s.w.t. merancang...dan perancangan Allah s.w.t. itu adalah yang terbaik. 2008 bukan lagi 1998. Kita akan menghadapi kemelut politik negara ini dengan lebih baik.

Apakah kalian tidak nampak apa yang berlaku?

* Robekan isu-isu 1998 sebenarnya akan menunjukkan bagaimana instrumen kerajaan tidak boleh dipercayai. Sebab itu isu ini menjadi sangat penting, jauh melangkau pandangan cetek yang gagal melihat betapa besarnya isu ini. Namun, dari pengalaman lepas..kita jangan terus melupakan isu-isu rakyat. Kita harus memperjuangkan kesemuanya. Tidak ada masa lagi untuk melayan adu domba keretakan Pakatan Rakyat.

4 comments:

  1. saudara amin,

    saya harap komen ini tidak perlulah disiarkan, ini cuma bauran emosi saya sahaja, sebagai manusia yg tidak beragama, saya kurang faham mengapakah ada yang suka mengadu domba-golongan ini amat menjengkelkan kerana mereka bg saya tanpa punca! menggunakan elemen agama untuk perpecahan tanpa mahu meraikan semangat kemanusiaan dan apa2 sahaja di bawah payung kemanusiaan yg nyata terobek oleh politikus mongrel di malaysia tatkala ini.

    adapun begitu, saya menghormati manusia beragama kerana saya menganuti faham kemanusiaan-namun saya tidak mampu menghormati juak2 yg menggunakan agama utk menolak kemanusiaan.


    apapun, saya harus meneladani kata2 saudara- "tiada masa lagi untuk melayan adu domba keretakan pakatan rakyat".

    ReplyDelete
  2. Selamat berjuang saudara Amin.

    ReplyDelete
  3. Sdri/a elvedina kesten,

    Terima kasih kerana berkunjung. Saya tidak ada masalah dengan faham sdri/a - mengikut komen sebagai tidak beragama. Saya suka sekali jika dapat kenal dan berkawan dengan orang seperti awak.

    Jujurnya, saya seorang muslim dan berharap serta berusaha menjadi mukmin yang baik. Tapi saya percaya titik perbezaan yang membezakan kita bukan titik utama yang harus saya pilih..teguran dari perspektif saya kepada PAS insyaAllah saya lakukan dengan semangat kasih sayang dan kepercayaan bahawa tiap dari kita punya hak dan tanggungjawab. Saya berharap ada yang sudi membetulkan saya dengan semangat yang sama.

    Sdr Nadzri, sama2 berjuang ya!

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Artikel yang menarik dan bagus.. Syabas...

    ReplyDelete