Isu 1
16 September 2008 kian hampir. Di mana-mana saja jika orang kenal anda sebagai sumber berita politik, apatah lagi yang berminat dengan Reformasi, soalan sama ada 16 September ini akan berlaku perubahan kerajaan atau tidak pasti muncul.
Malah muncul SMS berbunyi:
Sebarkan: BN: 140 Kerusi (MP Islam - 89 kerusi; MP bukan Islam - 51) Pakatan: 82 kerusi (MP Islam - 43 kerusi; MP bukan Islam - 39) Katalah jadi 30 yg lompat, semua bukan Islam, maka kerusi Pakatan 43 MP Islam & 69 MP bukan Islam..jika 30 yg lompat, 5 Islam 25 bukan, maka Pakatan jadi 48 MP Islam & 64 bukan Islam..jika inilah yg Anwar kehendaki, maka dia akan memusnah Islam & Melayu di M’sia..kita berdoa agar ia hanya impian kosong & Allah lindungi BN.
Jawapan Isu 1:
Ia tidak mengubah apa2 dalam konteks isu Melayu-Islam kecuali Perdana Menteri dan Menteri2 yang baru kerana…
Masih kekal di Parlimen tu ada 89+43 MP Muslim (belum tentu Mukmin) dan 51+39 MP bukan Muslim (yang ada haknya dalam negara).
Yang pasti sebelum ni BN rasuah, zalim dan sebagainya tak pernah ada dalam perintah Islam dan budaya Melayu. Dan yang pasti memperjuangkan keadilan disuruh dalam Islam (meski diamalkan bukan Islam, ia adalah amalan yang Islamik).
Isu 2
YB Zulkifli Noordin dapat surat tunjuk sebab sebelum dikenakan tindakan disiplin.
Jawapan Isu 2
Aku cuba tinggalkan mesej di blog YB Zul, tapi petang tadi 'network breakdown' pula di rumah aku. Tapi ringkasnya begini:
Aku kurang bersetuju dengan tindakan YB Zul dan demonstrasi tempoh hari. Maksud aku dalam konteks isu. Siapa nak buat demonstrasi silakan, tapi ia bagi aku tidak mewakili hujah yang patut digarap. Alasan kerana Majlis Peguam melanggar tempoh masa bukan alasan yang boleh dikategorikan sebagai hujah. Hujah adalah bentuk perbezaan secara aman dan aku fikir perbezaan secara aman tidak pernah ditangani oleh Rasulullah s.a.w. dengan cara keras termasuk laungan slogan yang keras.
Suka atau tidak, konflik isu Islam memang dihadapi oleh kelompok Peguam dan ia tidak boleh diselesaikan dengan sentimen. Syeikh Rashid Ghanoushi baru-baru ini dalam satu program di London membuat satu kenyataan yang aku fikir kontroversi bila beliau diajukan soalan berkaitan murtad. Jawabnya ia adalah hak seseorang. Program ini turut dihadiri YB Dr Dzul dari PAS dan juga Dr. Kamal el-Helbawy (nak tau siapa Dr. Kamal, tanya pada orang PAS yang sibuk dengan rundingan bersama UMNO sampai dibawa ke London dulu). Jika ditengok kandungan Ceramah, Seminar dan Debat dalam program berkenaan, aku rasa mereka di Barat, di bawah pentadbiran sekular yang menjamin kebebasan beragama jauh lebih serius dan bergaya dalam pembawaan agenda Islam. Kenyataan bahawa bantahan tempoh hari adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara adalah jengkel kerana kebebasan bersuara tidak harus menafikan kebebasan bersuara pihak yang lain (dalam konteks kebebasan secara aman).
Bukanlah kenyataan di atas menunjukkan aku suka orang meninggalkan Islam, tetapi ia adalah sesuatu yang menunjukkan bahawa ada yang tak kena dengan pembawaan kita dan ia tentu bersabit dengan bagaimana kita memahami Islam. Aku, sebagaimana selalunya tidak mahu di mana-mana atau bila-bila mendakwa aku yang paling faham Islam (sebagai individu) tetapi ia tidak menghalang aku menjadi seorang Muslim dan berusaha sebaik mungkin membawanya dalam konteks masyarakat. Tidak tahu sama ada ini berpunca dari kekurangan akal budi dalam menangani isu atau kegiatan aktif menentang fungsi akal dalam hidup beragama.
Pada masa yang sama, aku percaya Dr. Syed Husin Ali sebagaimana yang aku kenal boleh dan harus berlaku adil. Cumanya bila Dr. Syed Husin Ali mengeluarkan kenyataan bagi pihak PKR mengkritik demonstrasi dan YB Zul, maka eloklah isu YB Zul ditangani oleh sebuah jawatankuasa yang YB Zul 'dapat dilihat beroleh keadilan'. YB Zul kita kenal sebagai seorang YB yang dekat bersama rakyat. Beliau juga peguam profesional yang banyak menguruskan kes rakyat secara pro bono. Bak kata arwah HAMKA, "ikan biar dapat, air tidak keruh".
Isu 3
Pertemuan pimpinan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur
Ada perkembangan yang membanggakan. Balik kepada Perlembagaan adalah sesuatu yang baik untuk Pakatan Rakyat. Perkara lain boleh dibincangkan kemudian. Sebenarnya ribut dalam isu-isu bersabit Pakatan Rakyat untuk aku tidak lebih dari apa yang TG Nik Aziz pernah sebut - ada pihak dengki dengan DS Anwar. Itu sahaja. Segala lambakan isu yang boleh dimanipulasi sebagai kelemahan DS Anwar akan dimainkan sekuat mungkin - dari hal liwat sampai ke hal agen Yahudi.
Mereka fikir mereka akan dapat mendekatkan umat pada Islam dengan cara ini?
Dalam Utusan Malaysia, ada temuramah dengan Pensyarah UIAM yang banyak menggunakan perkataan menghina umat Melayu yang tidak termakan dengan doktrin UMNO. Entah kenapa sejarah bangsa hanya dihadkan kepada 1957, 1959 dan sebagainya. Yang menariknya, di mana-mana hujah yang cenderung memihak UMNO-BN tidak berani menyebut bahawa salah laku dan kerosakan institusi yang dijamin Perlembagaan adalah kerja UMNO-BN dan sebahagian besarnya tidak pernah menjadi hasrat usaha 1957!
Jika kita faham apa itu propaganda, kita tidak akan termakan usaha berselindung menampilkan mereka ber'title' Dr. atau Professor untuk menjustifikasikan kehendak politik UMNO-BN, apatah lagi dalam iklim akademia yang kita tahu tidak bebas malah ditekan di Malaysia.
Monday, September 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
teringat aku pabila menonton dokumentari '10 tahun sebelum merdeka'.
ReplyDeletemengapa kisah sejarah yang tidak memihak kepada mereka harus digelapkan?