Aku tidak ingat bila, tapi aku harus berterima kasih kepada YB Nik Nazmi kerana dialah yang bertanggungjawab meningkatkan 'esteem' aku untuk menulis.
Meskipun sebenarnya minat menulis aku bermula lebih awal (termasuk surat-surat cinta monyet), penyiaran tulisan 'santai' aku untuk Suara Anum telah dijadikan tajuk muka utama keluaran Oktober 2002 (boleh rujuk di ruangan pautan luar sebelah kanan blog ini).
Ada lagi tulisan pendek aku yang dihantar untuk disiar oleh majalah siasah tapi gagal mendapat tempat kerana terlalu pendek (3 artikel dan setiap satunya hanya 1 muka surat, semua cerita-cerita dengan bahasa santai berkaitan kampus).
Aku juga harus berterima kasih kepada sdr. Faisal Tehrani kerana novelnya menggunakan gaya bahasa dan penceritaan yang kuat memanggil aku untuk menulis. Masih aku ingat pesannya dalam email lama dulu bahawa rahsia menulis dengan baik ialah dengan memulakannya, dan dari masa ke masa insyaAllah penulisan kita akan lebih baik.
Sudah tentu menulis juga harus diiring dengan kegiatan membaca, merenung dan melakukan pemerhatian yang luas. Maka, dengan berwisata, bergaul dengan kelompok pelbagai, bergelut dengan idea dan macam-macam lagi boleh dibuat akan membantu kita melihat sesuatu perkara dari banyak sudut dengan banyak makna.
Pak Khalid mungkin orang yang kuat menanam nilai kepentingan Bahasa Melayu pada aku. Tapi ia tidak menjadikan aku fanatik, malah lebih bebas. Meski aku bersetuju dengan sdr. Khoo Khay Peng bahawa perpaduan adalah dengan cara memahami, dan bukan kerana faktor bahasa, persoalan bahasa nasional tetap penting sebagai alat untuk membolehkan komunikasi berlaku.
Pak Khalid selalu mengajak kami menguatkan Bahasa Melayu agar kerja-kerja terjemahan karya besar dapat diterjemah dengan baik, selain aspek ilmu dan pemikiran dapat terus diratakan kepada masyarakat setempat.
Ya, dalam bergelut dengan real politics, aku dan sahabat mahu meneruskan apa yang kami cuba usahakan sebelum ini - Projek DEWI. DEWI adalah singkatan kepada Diskusi Enak Wilayah Ilmu. Ia muncul kerana ada desakan dalaman bahawa kami di Serdang, Bangi, Putrajaya, Kajang dan Cyberjaya (yang kami panggil Wilayah Ilmu) tandus dengan diskusi santai. Ya, sudah tentu kami kenal apa yang dipanggil 'minority creative' pada era Yunani dan Rom, maka apa salahnya kami bercita-cita untuk itu. Sambil menulis ini aku terbayang filem Dead Poets Society. Haha, ia mengingatkan aku pada seorang kawan baru dari UiTM bila dia hadir dalam diskusi kitab sempena Ramadhan kali ini. "Kau tau tak ini secret society?" sebelum kami ketawa bersama-sama.
Ya, DEWI berjalan sangat perlahan kerana sebahagian kami sudah bergraduat dan tidak dapat memberi komitmen yang sama. Tapi kami akan meneruskannya dengan projek majalah online sedikit waktu lagi dengan mengambil inspirasi dari Suara Anum (cumanya kami akan kekal bersantai dan menulis isu dengan cara tersendiri).
Sudah tentu kami berhajat untuk mengumpulkan kepelbagaian di sini. Bagi yang berminat, boleh tinggalkan komen beserta email untuk dihubungi - kerana anda perlu memahami roh dan format yang kami sasarkan nanti :)
Selamat bersahur!
Saturday, September 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEWI (?) Hmmm....
ReplyDeletehehehe
ReplyDeleteDiskusi Enak Wilayah Ilmu (DEWI).
Bunyinya agak feminis kan?
Tapi ya, sepenuhnya projek berbahasa Melayu :)