Friday, September 19, 2008

Bijak dan Cantik

Menarik berita di sini.

Selepas 6 tahun mewakili negeri dengan 3 kali mencipta kejuaraan, aku fikir telah tiba masanya aku berhenti sepenuhnya dari bermain catur. Di universiti, aku berhenti hampir semua sukan dan permainan selepas masuk semester 3 pengajian Diploma (2001) - didorong oleh tumpuan kepada hal-hal persatuan dan aktivisme. Ya, sayang sekali kerana dulunya aku boleh dikatakan seorang atlit (hehe). Selain catur, aku bermain Ragbi untuk kejohanan MSSM (1994 ragbi sentuh di SMS Selangor dan 1999 di Shah Pekan, Pahang), bola sepak untuk Piala Coca Cola bawah 16 tahun dan olahraga. Mungkin kerana Perlis negeri yang kecil, maka saringan persaingan tidak begitu banyak. Semasa belajar di sekolah, permainan catur juga adalah sumber kepada kewangan aku, hehe.

Tarikh 2 September 1998, saat DS Anwar dipecat, kami sedang menghabiskan baki akhir perlawanan untuk Kejohanan Catur Merdeka di PWTC. Aku akhirnya kembali bermain suka-suka di kampus sejak 4 tahun lepas (semester 6 pengajian Diploma) sehingga 2007 (semester 1 pengajian Master). Alhamdulillah, rupanya bisa belum hilang meskipun ketajaman aku boleh dipertikaikan.

Catur sentiasa permainan yang mengujakan. Ia mengingatkan aku kepada sebilangan teman lama dan kenalan baru di laman maya yang aku tahu cukup berminat dengan catur - sdr Shen Yee Aun, pimpinan pelajar di UM dan sdr Jimadie Shah wartawan di Malaysiakini. Bila kita mahu bermain?

1 comment: