Telah keluar secara rasminya dua orang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan kini berada di kerusi bebas. Empat ADUN mereka juga kini berada di kerusi bebas.
Cerita lain...
Hurm, ada mereka yang 'poyo' mengambil kesempatan mengadu domba dalam Pakatan Rakyat sempena tidak jadinya 16 September sebagai tarikh peralihan kerajaan meskipun atas sebab teknikal. Mereka yang 'poyo' ini bukanlah menyokong sangat peralihan kerajaan kerana katanya konon 'kedaulatan Islam' akan terjejas...almaklum mereka yang paling Islam di dunia ni.
Ia tidak lain dan tidak bukan kerana kebencian pelik terhadap apa yang si 'poyo' ni namakan 'orang itu'. Si 'poyo' ni dalam blognya yang lain menterjemah Newsweek secara salah dan cuba merumuskan serta menjadikan satu fakta muktamad berkaitan kenyataan DS Anwar berhubung isu Salman Rushdie lama dulu. Si 'poyo' ini tidak pula menghentam orang Syiah di UK yang berpendirian menolak hukum mati yang disarankan Ayatollah pujaannya. Ayatollahnya juga pernah menulis merendahkan Rasul dalam kitabnya. Pendakwaan terpilih ini menunjukkan kepincangan yang jelas. Tak hairan, sedangkan sahabat Nabi s.a.w. pun si 'poyo' ni berani menghina. Si 'poyo' yang mengaku menjadi ahli Parti Islam sejak belasan tahun ini mendakwa partinya kucar kacir kerana DS Anwar - seolah-olah partinya lemah begitu sekali berdepan seorang manusia, dan yang hebatnya menggambarkan dirinya terselamat!
Fasal 5 katanya, dan partinya tak perlu masuk mana-mana koalisi pun untuk jaga Fasal 5. Tak tahulah pula ada contoh Nabi s.a.w. tak masuk campur tunjuk jalan untuk bertahalluf. Tak tahulah pula di mana dicampaknya usul fiqh "memilih kemudaratan yang paling rendah".
Yahudi, ya..dimainkan isu Yahudi. Almaklum dia selalu tunjuk dia paling tahu. Salah Yahudi gamaknya bila Arab jual tanah kepada mereka dan tanah yang mereka beli mahu dijadikan negara? Aduh, kebencian terhadap kaum telah menjadikan kita tidak berlaku adil? Yang zalim tetap kita kata zalim...yang adil kita harus cuba laksanakan.
Ada juga si 'poyo' yang lain bermatian mengambil kesempatan yang ada sekarang untuk mengatakan DS Anwar tipu. Padahal si 'poyo' yang sama tak setuju peralihan kerajaan. Dalam erti kata lain, jadi macam mana pun hasilnya akan jadi salah. Yang betul mungkin rasuah dan kezaliman berterusan, kepimpinan lemah, undang-undang tidak diyakini dan lain-lain.
Aduh, krisis keyakinan di Malaysia ada saja di mana-mana.
* Aku tak minat sebenarnya melanjutkan perbalahan, cuma menyatakan sikap secara jelas agar kita tidak didorong sentimen berbanding hujah. Almaklum katanya "saya Islam dulu, yang lain kemudian".
Wednesday, September 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...
ReplyDeleteaku macam kenal la si poyo ni.. dia yang jadi pengarah teater dan byk tulis novel tu ke???
rilek laa... dia 'mengumpat' pun dengan makcik2 dan budak2.. hehe
ReplyDelete