Perangkap kenanaran budaya akan terus meratah kita yang alpa. Semoga kita berhati-hati dengannya. Taqlid membela dan menjamin kebebasan akan sentiasa lebih utama dari mencemburui dan membunuhnya. Islam tidak akan tinggi dengan kepura-puraan dan paksaan. Warisan ilmu Islam sentiasa sesuatu yang membebaskan, dan lawannya selalu sesuatu yang sebaliknya.
Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran mafhumnya:
1) semua manusia sama di sisi-Nya dan kayu ukur membeza ialah taqwa
2) bahawa yang paling berilmu itu adalah yang paling bertaqwa
Dan Nabi s.a.w. menyebut dalam hadisnya bahawa ilmu adalah milik mukmin, di mana saja kamu temui maka kamulah yang paling layak memilikinya. Saidina Ali k.w., pintu gedung ilmu Baginda s.a.w. memanjangkannya "...walaupun dari seorang kafir, munafik dan fasik". Ia seiring dengan pandangan Saidina Ali k.w. bahawa "dengar apa yang dikata, bukan siapa yang berkata".
Timbul persoalan: justeru di mana isu autoriti dan sumber haq melainkan autoritatif? Ilmu tidak pernah mengajar manusia berbangga kerana ia bukan untuk dijadikan hak milik. Budaya mengajar resmi padi lebih baik dari resmi kiambang. Hak terhadap ilmu adalah jaminan Rasul s.a.w. dari sabda kewajiban terhadapnya.
Kebenaran ditemui dan diperbaharui untuk diyakini. Tidak ada penafian tentang Rabb, Rasul-nya, kehidupan selepas mati dan kewajiban sebahagian ibadahnya. Maka apa yang mendorong manusia beragama wewenang menghumban selainnya ke "neraka kesesatan?".
Hikmah dan hidayah adalah kerja Tuhan, tak perlu kita wewenang merampas dari-Nya! Apa yang penting ialah kemahuan untuk kekal menunduk dan sentiasa berasa mahu dan perlukan petunjuk tanpa taksub dan fanatik kepada apa yang kita yakini.
Buat mereka yang membenci idea yang dirasakan 'datang dari luar Islam', semoga ada hujah pencerahan yang ditawarkan, bukan herdik dan caci maki berasaskan sentimen sempit. Kalian boleh melihat Muhammad Abduh sebagai Dajjal dan Al-Afghani sebagai antara mereka yang menyesatkan, tetapi bukan memaksa aku berpandangan yang sama! Semoga kita semua dikurniakan kebaikan yang banyak sebagaimana kemahuan Rasulullah s.a.w..
Saturday, September 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih.
ReplyDeleteSaya tidak menemukan kritik kamu yang jelas tentang idea libertarian yang kamu musuhi. Lautan ilmu mana agaknya yang mengusung bara permusuhan dari dirimu wahai sahabat?
Teruskan dengan cara kamu jika itu yang kamu pilih. Jika taqlid yang kamu mahu tunjukkan pada saya, maka ia mungkin benar dalam konteksmu. Jika saya katakan tidak, maka ia mungkin benar dalam konteks saya.
Dengarkan, bahawa saya rela sesat dalam pencarian dari mati tidak mencari. Tajdid muncul dari pencarian, sebaliknya taqlid muncul dari kebekuan.
Entah ahli ilmu mana mengajar kamu wewenang mendajjalkan dan menyesatkan manusia. Aneh, ilmu yang kununnya haq diperjuangkan oleh manusia yang tidak mahu dirinya dikenali dan berlindung pada pondok dungun terengganu sambil asyik mahsyuk mendorong argumentum ed hominem.
Saya menasihati diri saya dan anda untuk tidak lekas ghairah meraikan kemenangan kerana semangat dan cita-cita ilmu tidak mengenal semangat yang begitu. Tuduhan anda bahawa saya menyangka kamu cemburu dengan kemenangan jauh tersasar. Arus reformasi tidak ada penghujung melainkan mati dan kiamat.
Terima kasih kerana anda membuktikan kenapa saya tidak melihat salahnya pada terma Islam Hadhari.
pondokdungunterengganu,
ReplyDeletetulisan kamu 'nampak macam aku berilmu' tapi kenapa 'nampak' macam kurang bahasa?
bila tinggikan hidung, jangan lupa tengok bawah, nanti tersadung.
ya udaaahhh...