Saturday, September 6, 2008

Pesan Khusus

Semoga kita semua dalam kesihatan dan segar menatang waktu Ramadhan ini dengan pengisian yang baik untuk manfaat peribadi dan ramai.

Dalam tempoh terdekat ini aku menyeru agar kita menolak seluruh dakyah perkauman yang akan menggunakan banyak mata terutama agama. Persoalan kaum harus ditangani dengan lebih baik di Malaysia dan tidak terpisah dari kebaikan yang lebih luas atau subset kepada kebaikan ramai.

Sebagai Melayu, seharusnya dalam aspek undang-undang aku melihat wajib kita dilihat sama di mata hukum. Tidak ada antara kita termasuk aku terlepas dari aspek ini. Cita-cita keadilan dan hak tidak harus menjadikan kita lupa erti kesabaran dan hemah.

Hati-hati dan kekalkan semangat Ramadhan di mana tanggal pada saat kita menyambut Nuzul Quran, pengertiannya harus mendalam dan bermakna untuk kita pegang dan bawa sepanjang hidup bernafas.

6 comments:

  1. INI JAWAPAN KEPADA KEDUA-DUA POSTINGMU YANG CELARU !

    Terima kasih.
    BERILAH CINTA YANG HAQ !

    Saya tidak menemukan kritik kamu yang jelas tentang idea libertarian yang kamu musuhi. Lautan ilmu mana agaknya yang mengusung bara permusuhan dari dirimu wahai sahabat?
    IDEA LIBERAL KAMU ITU BERAKAR UMBI DARI KESESATAN. MENCARI KEBENARAN BERASASKAN AKAL. DAN AKAL KAMU MASIH DIKUASAI SYAHWATMU. ITULAH PEMBAWAAN DATOK NENEK FILOSUF MU YANG SOMBONG TERHADAP HUJJAH AGAMA

    Teruskan dengan cara kamu jika itu yang kamu pilih. Jika taqlid yang kamu mahu tunjukkan pada saya, maka ia mungkin benar dalam konteksmu. Jika saya katakan tidak, maka ia mungkin benar dalam konteks saya.
    KONTEKS DITENTUKAN OLEH WAHYU BUKAN OLEH AKALMU WALAUPUN DALAM BERTAQLID

    Dengarkan, bahawa saya rela sesat dalam pencarian dari mati tidak mencari. Tajdid muncul dari pencarian, sebaliknya taqlid muncul dari kebekuan.
    SEMOGA KAMU TIDAK DIPANGGIL TUHAN DI SAAT KAMU PASRAH KEPADA KESESATAN YANG KELIRU. BEKAL MENCARI BUKANNYA MENTALMU SAHAJA TETAPI HATIMU. KERANA ITU HATI KAMU NANTI AKAN DIMINTA PERTANGGUNGJAWABAN

    Entah ahli ilmu mana mengajar kamu wewenang mendajjalkan dan menyesatkan manusia. Aneh, ilmu yang kununnya haq diperjuangkan oleh manusia yang tidak mahu dirinya dikenali dan berlindung pada pondok dungun terengganu sambil asyik mahsyuk mendorong argumentum ed hominem.
    ILMU MENDAJJALKAN DAN MENYESATKAN MANUSIA ADA DI DALAM AL-QUR’AN DAN NUBUWWAH. KERANA ITU TIADA NABI YANG DIUTUSKAN YANG TIDAK MEMBERI AMARAN TENTANG MANUSIA DAJJAL DAN SESAT. SILA BUKTIKAN KALAU DI SEBALIKNYA ! PONDOK DUNGUN ADALAH PEMECAH KEPADA KEDAJJALAN ITU. AGAR YANG MAHU BERPEGANG KEPADA KESESATAN SANGGUP UNTUK MATI DAN DILAKNAT KERANA KESESATANNYA !. SANGGUPKAH KAMU !. JIKA BELUM SANGGUP KERANA MASIH MENCARI MAKA JANGAN DIBAWA LAIN-LAIN MANUSIA UNTUK TERJUN BERSAMA-SAMAMU DALAM KEKELIRUAN !. ITU BUKAN SUNNAH KEMANUSIAAN YANG JERNIH.

    Saya menasihati diri saya dan anda untuk tidak lekas ghairah meraikan kemenangan kerana semangat dan cita-cita ilmu tidak mengenal semangat yang begitu. Tuduhan anda bahawa saya menyangka kamu cemburu dengan kemenangan jauh tersasar. Arus reformasi tidak ada penghujung melainkan mati dan kiamat.
    INI SATU LAGI YANG MEROSAKKAN PENCERAHANMU. SANGKA-SANGKAAN BUSUK YANG KAMU WARISI DARI PIMPINAN TAK BERPETUNJUKMU. CAKAP BERPUTAR-PUTAR. TIADA DASAR ILMU.
    HANYA IKUT-IKUTAN UNTUK BERSESAMA SESAT. REFORMASI ADA HADNYA, JALAN MENGAMBIL SUNNAH SESAT ITU BUKAN REFORMASI. ITU DEKADASI NAMANYA.

    Terima kasih kerana anda membuktikan kenapa saya tidak melihat salahnya pada terma Islam Hadhari.
    MASALAH ISLAM HADHARI ITU KAMU SELESAIKAN DENGAN PENCIPTANYA. BUKAN AKU. MASALAH AKU DAN KAMU IALAH LIBERALISASI. ISLAM ADALAH ISLAM YANG DIBAWA MUHAMMAD. TENTANG KEMELAYUAN POSTING BARUMU; AKU LIHAT DENGAN GAMBLANG KECELARUANMU DALAM MENGENALI HAKIKAT DIRIMU SENDIRI. JIKA AKU MENUNTUT BUMI PALESTIN MILIKKU DAN KELUARGA IBRAHIMIKU MAKA ADAKAH AKU PENYEMBAH PERKAUMAN?. SIAPA YANG SEMPIT DAN MENYEMPITKAN PERKAUMAN. INI HANYA SATU LAGI BARANG JUALAN SIASAH MENCARI KUASA ALA-MACHIAVELLIMU. HANYA MEREKA YANG AKAL DAN BUDINYA TELAH DIJAJAH ZIONIS YANG AKAN MENGATAKAN AKU SALAH !. ERTI KAUM KAMU PASANGKAN SESUAI DENGAN AJARAN PENJAJAH OTAKMU, BUKAN TUHANMU. TAKUTILAH SYIRIK !

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pondok dungun,

    Anda beruntung kerana saya suka melayan - sebagai sebahagian dari proses memahami.

    Setelah berpenat lelah kamu menghabiskan masa di sini, saya belum menemukan kritik yang jelas dari kamu tentang idea libertarian yang kamu sebut berakar umbi dari kesesatan.

    Dan saya mahu menyatakan bahawa idea libertarian telah muncul sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi (hanya saja tidak disebut libertarian).

    Ya, saya menantikan hujah kamu tentang ini.

    Menyesatkan manusia dengan cara kamu memang cukup mudah. Kegelapan tidak boleh dihalau, nyalakan lampu! Tidakkah kamu membaca pesan di bar kanan blog ini tentang aqidah?

    Reformasi ada hadnya? Bagaimana jika saya mengambil istilah Islah?

    Jika sumber mendajjalkan dan menyesatkan manusia ada dalam Al-Quran dan Nubuwwah, tunjukkan saya di mana sebaris ayat Rasul s.a.w. yang mendajjalkan dan menyesatkan orang dengan cara kamu!

    ReplyDelete
  3. Seperkara lagi..jangan lekas terusik kerana perihal Melayu yang aku tulis itu bersangkutan dengan isu lain. Isu yang lebih dekat dan merentasi nafsu anda.

    Jika liberalisasi itu masalah anda dan saya, sikap keras kamu juga adalah masalah saya dengan anda.

    ReplyDelete
  4. pondok dungun

    sudah sudahlah tu
    jangan berpura2 atas nama agama
    mengaku je la kamu tu agen provokasi amanu

    ReplyDelete
  5. saudara, sy berfikir yg saudara ini masih belum centrist,masih lagi kiri mungkin,hehe..(gurau ya amin)

    dari ali ra: jiaka agama itu semata-mata mengenai logik akal,maka akan aku dapati bahawa menyapu di bawah khuf itu lebih utama dari menaypu di bhgn atasnya,sedangkan nabi menyapudibhgn atasnya_bidayatul mujtahid by ibn rushd;syg filusuf hanya membaca bahagian tahafut-nya, tidak membaca sisi beliau seorg qadi.)

    saudara PONDOK, sy juga tidak nampak celanya idea sebhgn libertarian itu, saudara harus cari titik kritik ke atas idea itu,bukannya hanya membida'ahkannya tanpa ada dalil yg kukuh. Sy hanya nampak bahawa idea libertarian saudara amin sbg alat: Al-Ghazali sendiri mencari luar sumber agama semasa dlm pencarian kebenaran ttp sumber-sumber luar agama itu hanyalah sbg alat utk menyampai kpd maksud(ad-deen).

    apa-apa pun slmt berpuasa.renung2kan dan slmt beramal.

    ReplyDelete
  6. me,myself..

    saya sebenarnya tidak kisah dicampakkan ke mana, maksud saya gelar orang pada sama ada kiri, kanan, islamis atau sebaliknya.

    manusia boleh memberi gelar, saya yang menentukan apa yang saya mahu cari dari kehidupan saya. jujurnya saya sangat senang dengan kritik teman2 untuk membantu saya menstrukturkan, membetulkan, membuang atau terus meyakini pemahaman saya.

    idea libertarian untuk saya mmg sukar dihadam, tetapi ia tidak boleh diabaikan secara semberono, sama seperti idea2 politik yg lain. misalnya PAS berminat dengan negara kebajikan. jujurnya saya nak tahu apa kupasan PAS kerana 'welfare state' adalah idea dari faham sosialis!

    ya, tentu saja saya tidak ada masalah untuk siapa juga memilih pendekatan mana yang mereka rasa baik, tetapi untuk saya, idea libertarian mempunyai keistimewaannya tersendiri.

    cuma saya mahu nyatakan di sini, saya tidak senang dengan wewenang sebahagian kita cepat menyesatkan orang lain. dalam kes sahabat kita ni dia tergamak mendajjalkan muhammad abduh dan menyesatkan al-afghani..saya berlepas diri dari sikap yg saya sifatkan tidak beradab dan berakhlak ini.

    saya boleh jadi betul, maka ambillah apa yg bermanfaat. saya boleh jadi salah, maka betulkanlah saya.

    ReplyDelete