Ini adalah taktik politik - menunjukkan kununnya kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh menjaga hal ehwal kepentingan agama Islam di Malaysia. Ia juga manifestasi kepada takutnya kerajaan kepada pendedahan demi pendedahan oleh Raja Petra bersabit perkembangan politik di Malaysia. Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya tidak punya alat yang ampuh lagi untuk terus bertahan. Kelemahan kualiti kepimpinan dan pemimpin UMNO-BN sendiri telah menjerumuskan mereka ke gaung terakhir masa depan politik perkauman yang dijaja mereka selama ini.
Buat kali pertama dalam sejarah politik Malaysia, seluruh 'peluru' tuduhan dihamburkan kepada parti lawan khususnya DS Anwar Ibrahim demi menidakkan keruntuhan kuasa mereka. Mustahil mereka terpaksa bertindak begini melainkan mereka sudah tidak ada hujah lain untuk menunjukkan bahawa mereka berwibawa untuk terus menjadi kerajaan.
Ini juga mungkin masa terbaik untuk kelompok tertentu dalam PAS yang keras sangat tak setuju dan nampak masa depan kerajaan Pakatan Rakyat dan juga mana-mana pihak untuk menyatakan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada ketuanan Melayu! Senang sikit rakyat nak humban semua sekali masuk ke gaung yang sama!
Hampeh! Nak tangani isu antara parti pun selekeh, ada hati nak berslogankan Islam untuk semua! Nasib baik bulan puasa..maka aku kena sabar lebih sikit.
Friday, September 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabar, Tuan Amin, sabar....
ReplyDeleteSaya sedang menahan sabar nih!
bagaimana agaknya bila ISLAM itu diperbodohkan oleh seorang Islam yang lain ? Mungkin tidak terasa jika kita ini hanya "Islam" pd namanya sahaja.
ReplyDeleteMengenai DSAI, perlu ingat kembali bagaimana watak beliau dahulu semasa di dalam kerajaan dan sekarang .. diluar kerajaan.
Kita dibawahan ini, diperbodohkan dan diperalatkan sahaja.
Apapun, jagalah akidah supaya tidak tergadai, lebih lebih lagie kepada anak anak kita sendiri.