Hampir seminggu - talian TM sangat bermasalah. Paling lama boleh online sebelum talian 'hilang' ialah satu jam. Adakalanya hanya 5-10 minit. Bil telah dibayar. Bila aku ke pejabat TM terdekat, aku dimaklumkan kerana faktor cuaca. Ya, sebelum ini banyak hari juga hujan.
Oleh kerana banyak hal tertunda (maklumlah bekerja secara virtual office), aku menghubungi TM dan mengadu masalah. Baik sungguh pekerja TM melayan masalah aku. Alhamdulillah, sejak petang tadi talian nampak sangat baik. Harapnya berpanjangan dan tidak ada masalah lagi.
Hujung minggu ini tidak ke mana. Jadual berbuka puasa alumni semasa aku belajar Diploma terpaksa dipinda kerana sebahagian kami mahu menonton perlawanan Manchester United dan Liverpool. Aku menghabiskan masa menonton DVD The Love Guru, membaca dan membuat sedikit kerja penterjemahan.
Datuk Azman Ujang menyertai Lembaga Penasihat Malaysia Think Tank. Alhamdulillah, agenda mempromosi media bebas diharapkan mendapat lebih suntikan tenaga pakar. Kami menantikan 16 September dengan sabar.
Oh ya, sahabat aku (yang sebenarnya tidak pernah kami bertemu) berhajat untuk berbuka puasa bersama nanti. Alhamdulillah, khabarnya ada sebilangan yang lain lagi. Nampaknya, persaudaraan kian mudah dengan teknologi globalisasi ini :)
Aku juga gembira kerana ada teman berbangsa Cina yang menghubungi dan sungguh teruja untuk menyahut kempen ke arah Malaysia yang lebih bermaruah. Katanya, "kami tidak kisah siapa memerintah - yang penting akauntibiliti".
16 September ini aku akan menyambut Hari Malaysia di Kelana Jaya dan kemudian menantikan peralihan kuasa kerajaan. Ya, aku serius dan tidak main-main, tidak lagi tertanya-tanya cukupkah bilangan yang mahu lompat parti. Kerajaan baru akan muncul dalam tempoh terdekat. Apa yang penting ialah kita pastikan proses transisi ini berjalan lancar dan aman.
Saturday, September 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya juga menunggu proses transisi Malaysia baru itu. saya juga berharap untuk menjadi antara tenaga kerjanya nanti...
ReplyDeleteterua optimis dengan peluang yang ada dan bekerja keras ke arahnya
selamat maju jaya
Saya turut menunggu transisi ke sebuah Malaysia yang baru dan lebih bermaruah serta maju.
ReplyDeleteInsyaAllah. Masa itu akan tiba.
amin, marilah sambaut hari malaysia di kota kinabalu. Barulah real hari Malaysia.
ReplyDeletealamak Sanizam,
ReplyDeletesaya harap saya dapat ke Pensiangan!
hehe..itu lagi real sama ada orang Sabah benar2 mahukan Malaysia, hehe