Lawak pulak aku baca cerita pasal patung besar yang cuba menggambarkan DS Anwar di Batu Caves, DUN YB Amiruddin Sari.
Selepas membacanya, aku jangkakan ia menjadi sensasi di blog-blog anti-Anwar. Dan tekaan aku tidak silap. Jawapan YB Amiruddin mungkin betul, sebagai menjawab 'tuduhan mufti' bahawa tidak ada aktiviti keberhalaan di sana.
Sentimen umat Islam di Malaysia memang cukup besar. Jika boleh, mereka mahu merobohkan semuanya sama sebagaimana berlaku kepada tempat-tempat yang menjadi bukti kecintaan kepada Rasulullah s.a.w., Ahlul Bait dan para sahabat r.a.. Hanya saja yang jelas, perbandingan 'patung'(?) DS Anwar ini tidaklah sampai disembah.
Untuk aku, apa salahnya tunggu habis permit? Tambahan pula, menurut YB Amir ianya didanai oleh wang individu. Cuma jika ada persoalan yang aku nak bangkitkan kepada YB Amir, bukankah lebih wajar menyalurkan peruntukan yang ada untuk perkara lain yang lebih baik?
Ia tidak salah, kerana itu duit kalian. Hanya saja aku percaya ada bentuk lain yang lebih baik. Tapi aku tak mahu menjadikan ia sensasi sebagaimana kelompok tertentu yang memberhalakan tokoh tertentu - yang namanya boleh jadi Khomeini, Hadi dan sebagainya...Kulup Sakah memberi penjelasan yang lebih jelas di sini.
Oh ya, berkaitan Israel. Ada kelompok tertentu menjaja isu di luar konteks. Mereka tidak pula mencadangkan apa-apa kerana jika ia disesuaikan dengan konteks yang lebih luas akan menunjukkan mereka berpolitik tak habis-habis. Kezaliman Zionis dan kewujudan Israel adalah dua entiti berbeza. Memang ada negara Islam memutuskan hubungan dengan Israel, tetapi tidak semuanya. Ketakutan yang amat pelik dari kalangan umat Islam tertentu membayangkan kepelikan terhadap pemahaman Islam. Selain dari cadangan penyelesaian dengan pembentukan dua negara, cadangan pewujudan satu negara juga adalah alternatifnya.
Mungkin aku salah, mungkin kalian juga salah. Allah s.w.t. juga yang Maha Tahu.
Monday, October 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
askm,
ReplyDeletekelakar pula sy membaca mengenai foto ini. pada aku bukan masalah itu duit polan si polan atau soal hukum, tapi kalau inilah pemimpin(yg terlibat menjayakan foto itu)ingin diangkat baik tak payah la.belum lagi memerintah sudah buat perkara yg sia-sia.
ini tidak lain spt bunga-bunga untuk memberhalakan anwar la ni.
slmt hari raya,maaf zahir batin saudara amin.semoga saudara sentiasa dilimpahkan rahmat dan hidayah-Nya.
jika itu pegangan sdr, maka itu hak saudara. untuk saya, pemimpin seperti mana manusia lain, ada wilayah peribadi.
ReplyDeleteutk saya, YB Amir tak guna duit rakyat untuk itu..dia pakai duit dia (menurutnya sumbangan rm100). sudah tentu saya boleh argue mana lebih penting. dan ia bukan program YB, parti atau kerajaan. Ia adalah kerja orang yang memohon sumbangan YB dan lain2. Pada saya ia tidak sepenuhnya salah.
sama macam berblog, sudah tentu byk benda lain lebih penting...tapi kenapa kita berblog?
bunga2 memberhalakan apa juga boleh muncul di mana2..misalnya orang agama tak mungkin buat salah..parti aku sentiasa benar dan lain2..
Rasa saya bahayanya jika rakyat taskub kepada pemimpin. Macam la diornag ni malaikat ke apa, ni nak jadi macam patung2 lenin dan stalin kat soviet union ke? nak jadi macam kultus personaliti? Bahaya ni....
ReplyDeleteYa Fadzrul,
ReplyDeleteSaya tidak berminat mempertahankan tindakan membina patung ini dengan kos yang ada. Yang saya minat ialah bagaimana kita berfikir dalam menangani isu ini.
Kenapa isu ini diangkat semahunya berbanding isu lain yang juga kronik?
Dengan saya menunjukkan isu lain, ia tidak bermakna isu ini saya gelapkan..ia kekal bahawa duit RM5000 itu lebih banyak memberi faedah jika disalurkan dalam bentuk lain.
sy pula berfikir lain sdr amin.
ReplyDeletesy tidak mempersoalkan rm5000 tu, cuma yg saya berminat mempersoalkan bagaimana corak pemikiran manusia-manusia yg membina patung itu.dan yg paling pelik yg mempertahankan tindakan itu pula.
Me, Myself...
ReplyDeleteDalam hal membina replika seakan patung ini, untuk saya ia telah berlaku dan kita mesti berhadapan dengan realiti ini.
Ya, sudah tentu bila saya menyatakan ia lebih patut disalurkan kepada hal yang lebih baik, maka ia bersangkut soal keputusan awal kenapa ia mahu dibuat.
Tapi saya kekal mahu menjamin hak mereka untuk membelanjakan ke mana pun wang mereka kerana soal pertanggungjawaban mereka dengan Tuhan bukan urusan saya berdasarkan firman Allah s.w.t. lebih kurang bermaksud dosa individu lain tidak ditanggung oleh individu yang lain.
Ia termasuk dalam hal menjamin kebebasan. Sudah tentu kita wajar berpesan dengan kebenaran dan kesabaran, dan bukan memaksanya.
sdr amin,
ReplyDeletefirman tuhan itu bermaksud jika sy berzina sdr amin tidaklah menanggung dosa zina sy, kerana dosa sy adalah dosa sy. tetapi sdr amin berdosa jika tidak mencegah sy.ingat kata kerja mencegah itu, mencegah itu bukan hanya bermaksud menasihat shj tetapi menghalang juga.
dan tolonglah juga jgn mempermainkan makna firman tuhan " tiada paksaan dlm agama"
sy tidaklah mahu bersikap autokratik dlm hal beragama, tetapi sy juga kuat mengatakan di dlm agama ada juga sisi liberal dan sosialisnya.
Me, Myself...
ReplyDeleteBila saya mempermainkan firman 'tiada paksaan dalam agama'?
Saya melihat konsep pencegahan oleh Islam dalam bentuk yang lain dan saya fikir ia ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. di banyak tempat.
Saya melihat Islam menegakkan Konsep 'Rule of Law' sebagai alat mencegah, dan bukan mengambil tindakan sendiri. Ia menguatkan perihal aqidah seperti yang saya gariskan di ruang kanan blog saya. Ia juga menguatkan faham Pluralisme (bukan dari kaca mata FT dan Dato' Siddiq Fadzil ya! - saya menghormati keduanya sebagai manusia dan kekal mempertahankan kebebasan saya).
Negara Islam (jika kita mahu memanggil begitu) ditegakkan atas konsensus Nabi s.a.w. dengan pihak kedua, ketiga dan sbgnya. Sebab itu saya sering menyoal kawan2 aktivis dakwah berkaitan kebijaksanaan Nabi s.a.w. dan persoalan konteks dalam banyak perkara. Jaminan Nabi s.a.w. dalam hal maqasid syariah mirip persoalan jaminan kebebasan dalam Perlembagaan, hanya saja perincian penerangan mudah dimanipulasi.
Saya cuba gambarkan kerumitan ini dalam tulisan saya di WauBebas.Org dalam artikel 'Aidil Fitri dan kebebasan beragama.
Harap faham, dalam mengiktiraf kebebasan beragama dan tiada paksaaan dalam agama, saya bebas mengisytiharkan bahawa saya seorang Muslim dan bangga memilih agama ini sebagai faham aqidah saya.
pls explain 'kekejaman zionis dan kewujudan israel' adalah dua perkara berbeza. do you believe israel will leave al-quds and build their state elsewhere? pls enlighten me, thank you
ReplyDeletesdri munirah,
ReplyDeletesebahagian daripada tanah yg dimiliki 'so called' yahudi di sana adalah tanah sah yang dibeli dari orang arab. himpunan tanah-tanah ini ingin diwujudkan sebagai negara secara sah.
bila menyebut soal zionis. ia merujuk kepada supremacy dan aksi kejam yang muncul dari faham ini.
baca lanjut di link2 yang saya muatkan untuk mendapatkan gambaran kasar. tempat yang direbutkan juga bukanlah milik umat Islam saja melainkan ia tanah suci bagi tiga agama.
untuk saya, kezaliman tetap ditolak dan hak harus diberikan dengan cara yang paling adil dan harus aman.
cadangan2 dan persetujuan yang ada dalam byk bentuk hanyalah bersifat inisiatif. daripada terus berbalah dan berbunuh, sesuatu mesti dicari dan sebolehnya mengelakkan perang.