Tidak ada pengakuan jelas bahawa DS Abdullah akan berhenti menjadi PM. Yang ada hanyalah kenyataan tidak pertahan jawatan Presiden UMNO.
Umum maklum bahawa Presiden UMNO adalah Pengerusi BN dan menjadi PM melalui persefahaman itu. Ini mungkin hasil nyata menjaga kepentingan Melayu dalam bentuk simbol selain dari persoalan Raja Melayu.
Selain daripada aspek di atas, umum maklum dakwaan DS Anwar untuk mengambil alih kerajaan dalam masa terdekat (selepas pindaan tarikh 16 September 2008 kepada satu waktu yang tidak ditetapkan).
Untuk mereka yang menjadi PM dan mahu menjadi PM, mereka harus mempunyai keluasan faham sejarah dan menghidupkan Perlembagaan. Bagi parti-parti politik, demokrasi dalam parti wajib diamalkan. Kegagalan berbuat demikian adalah bukti nyata bahawa parti berkenaan tidak boleh terlalu diharapkan mempertahankan Perlembagaan. PM seharusnya memiliki sokongan majoriti di Parlimen - ringkas dan mudah. Meski aku percaya bahawa Ahli Parlimen tidak terkecuali mempunyai kepentingan individu atau kelompok, dari hal pemilihan PM, ia tidak semudah itu. Kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa perkara, tetapi persoalan negara adalah persoalan yang lebih besar dari soal khilaf hal remeh-temeh (atau dibincangkan secara selekeh).
Aku tidak 'detach' pendirian bahawa aku mendokong gerakan reformasi di Malaysia dan menganggap DS Anwar sebagai calon paling layak buat masa ini untuk kerusi Perdana Menteri. Aku masih kekal menyatakan bahawa DS Anwar cukup sokongan di Parlimen untuk diangkat menjadi PM.
Ya, anda boleh kata aku membuat dakwaan palsu dan bosan mendengarnya. Keyakinan manusia memang sifatnya tidak sama kerana ia bergantung kepada pemboleh ubah lain. Maka, anda mesti menjelaskan pemboleh ubah anda. Mengetahui keyakinan saya bukan sandaran untuk keyakinan anda. Memang benar ada bezanya untuk mereka yang tahu dan tidak tahu.
Wednesday, October 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment