Thursday, October 9, 2008

Syabas Dr. Asri!

Aku menyokong kenyataan Dr. Asri sebagaimana dipetik oleh Malaysiakini.

Sejak dulu, aku fikir perbezaan secara aman harus dialukan. Dalam konteks penulisan, aku fikir perbezaan seelok-eloknya disalurkan dalam bentuk penulisan yang sekurang-kurangnya separa ilmiah. Dari hal ini, aku juga mengharapkan jawab balik daripada mereka yang menyatakan ada kecacatan pandangan oleh seorang atau kelompok yang lain.

Menghentam seseorang sebagai tidak ada autoriti bukan pilihan untuk aku terutama isu-isu yang masuk ke domain awam (public domain) termasuk dalam hal agama. Ya, ia berbunyi seolah membenarkan agama ini di'selekeh'kan oleh orang yang tidak layak, tetapi aku berpendapat sebaliknya. Untuk aku, ia akan mengangkat kedudukan agama itu lebih tinggi.

Aku kekal lebih percaya persoalan autoritatif. Ia sama seperti seorang pelajar kejuruteraan mahu bercakap tentang sosialisme atau libertarian. Silakan dan aku fikir sebagai seorang muslim, niat yang baik harus disertakan dengan pendekatan yang baik untuk menampungnya.

1 comment: