Sebagai mantan pimpinan di UPM, aku mendokong kenyataan PMIUPM rentetan siri kezaliman berterusan oleh pihak tertentu di sana. Aku maklum bahawa kenyataan pihak Komunikasi Korporat memang akan sedaya upaya meneutralkan isu ini - itu sudah sebahagian polisi di UPM.
Di mana-mana jabatan kerajaan dan juga badan berkanun, salah laku pegawai dan kakitangan sentiasa sedaya upaya dilindungi tak kira sama ada salah laku moral, korupsi dan sebagainya.
Sungguh jijik apabila kita melihat ada manusia lebih mulia dari manusia lain di mata hukum.
Zaman aku dulu mantan EXCO Majlis Tertinggi Mahasiswa yang juga EXCO Majlis Perwakilan Pelajar turut dibuang walhal namanya telah disenaraikan sebagai layak menginap apatah lagi cukup jelas khidmat bakti beliau di kolej dan di kampus.
Sama juga seperti kes dua orang mahasiswi yang dibuang kolej baru-baru ini.
Apa yang lebih dikesalkan ialah ia bermula sejak tiadanya Pilihan Raya di peringkat kolej atas alasan teknikal iaitu tiada kewajipan untuk melaksanakannya. Hasilnya ialah pimpinan kolej dipilih oleh Pengetua dan Pengetua-Pengetua pula disaring oleh mereka yang tertentu.
Masih aku ingat lagi lancangnya mulut orang berkenaan merujuk kepada protes sebahagian Pengetua senior yang mempertikai perlantikannya ke kerusi kuasa. Katanya lebih kurang "siaplah mereka ini semester depan" - merujuk kepada kontrak yang tidak akan disambungkan.
Bukan saja Pengetua Kolej, Felo-Felo juga terlibat dan disaring. Untuk Felo yang tidak bekerjasama, mereka akan dipantau dan jika perlu tidak dilanjutkan tempoh perkhidmatan. Ada sebahagian Pengetua dan Felo ini cukup dihormati di kalangan mahasiswa tetapi akhirnya tersedut dengan sistem yang membunuh kerjaya mereka dari sudut rasa tidak selamat untuk kenaikan pangkat dan tekanan politik yang lain.
Lebih memalukan, sebagai bekas pimpinan di kolej, fakulti dan universiti, aku melihat ada mahasiswa yang sedia dikambing hitam dan menjadi alat kepada mereka yang mahu mempertahankan kerusi kuasa di kampus dengan menjadi benteng. Almaklum mereka ini dipilih terus oleh pentadbiran untuk menjawat kedudukan pimpinan di kolej kediaman.
Merit di kolej dijadikan alat teknikal untuk menghukum mahasiswa. Aku masih ingat pertengkaran MPP zaman aku dengan pimpinan mahasiswa di kolej berkaitan aspek ini. Malang kerana kami MPP dilihat sebagai 'budak TNC' dan pimpinan kolej sebagai 'budak Pengetua'.
Dengarkanlah bahawa aku telah menyampaikan. Bahawa selaku muslim aku mahu menjadikan pesan Rasululullah s.a.w. sebagai ikutan. Kezaliman harus dilawan waima dengan hati sekalipun. Kebaikan harus diwar-warkan sebagai budaya tinggi dalam masyarakat. Dengarkanlah bahawa kisah kezaliman dan kebaikan ini telah aku sampaikan hatta kepada Naib Canselor kesayangan mahasiswa UPM Prof. Dato' Dr. Zohadie Bardaie sendiri saat beliau diuji dengan tangan politik yang menyingkirkannya di UPM. Dengarkanlah khabar yang sama telah aku panjangkan kepada Dato' Adham Baba, mantan SU Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi yang punya saham secara tidak langsung berkaitan kezaliman di kampus. Dengarkanlah bahawa Dato' Mustapha Mohamed sendiri maklum bahawa tangan UMNO-BN adalah tangan yang berada di sebalik semua kecelakaan ini meski niat beliau pada asalnya ialah untuk menunjukkan UMNO-BN sedia membantu mahasiswa.
Aku sayang UPM dan aku mahu mereka yang jujur di sana (jika masih ada) akuilah hakikat bahawa memang ada kezaliman yang nyata di UPM. Kezaliman ini menjadi rahsia umum semata-mata kononnya menjaga nama UPM. Kezaliman ini dibuat secara halus dan sangat boleh difahami. Sebagai mantan pimpinan pelajar, nama aku bukanlah tidak dikenali oleh mereka yang zalim ini. Tanya saja nama aku di rekod Bahagian Keselamatan di UPM.
Dengarkanlah bahawa prinsip perjuangan tidak boleh dijual beli. Dalam senang dan susah, keberanian akan membezakan manusia pandai dan fatonah!
Rujuk laporan Malaysiakini di sini. sini dan sini.
InsyaAllah sampai bila-bila aku sedia bangun menyatakan yang hak dan rujuklah bahawa kenyataan aku tidak akan bercanggah dulu, kini dan selamanya, insyaAllah.
Aku bukanlah manusia sempurna, tapi aku tahu PhD, Master, gelar Doktor, Ketua Jabatan, Dekan, Timbalan Naib Canselor, Naib Canselor dan sebagainya tidak boleh memberi syurga!
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wabak ini tidak saja di UPM bahkan boleh dikatakan di semua IPTA.
ReplyDeleteInilah bahana kaki bodek.
ya betul tuan mountdweller. kadangkala sikap keterlaluan mereka menyebabkan saya tertanya - tidakkah mereka tahu bahawa Allah s.w.t. itu Maha Mengetahui?
ReplyDeletelucunya pegawai HEP yang bertanggungjawab di kolej tersebut adalah lulusan Maahad tetapi menjadi balaci parti politik tertentu sejak zaman pelajar lalu dendamnya dibawa ke alam pekerjaan.
pada saya tidak salah hendak menyokong mana2 parti yang mereka mahu, tetapi bukanlah dengan cara yang merendahkan kemuliaan insan dan martabat ilmu.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMengapa pilihanraya di "U" pun jadi isu?
heran sungguh aku
http://malaysiaheaven.blogspot.com
Saya juga mahu bertanya:
ReplyDeleteMengapa Pilihan Raya di U tidak boleh jadi isu?
Hairan saya..