Ini mungkin berita sedih tetapi ia boleh dijustifikasi.
Jujurnya, kekalutan di universiti pada hemat aku berpunca dari paradigma pentadbir, pensyarah dan mahasiswa itu sendiri. Universiti saban tahun cuba ditadbir sebagaimana korporat. Meskipun ia tidak sepenuhnya salah, ia harus bermula dari puing yang betul. Lebih buruk lagi, pengkorporatan ini didorong oleh campur tangan pemerintah secara partisan.
Istilah korporat mungkin dekat dengan kapitalis. Tapi kapitalisme banyak didorong oleh akal fikir yang rasional. Dalam konteks Malaysia, rasionalisme dibunuh atau cuba dibunuh dalam banyak bentuk dan kapitalisme mahu dihidupkan dalam realiti itu.
Aku separuh setuju berkaitan penswastaan universiti, tambahan dalam paradigma Malaysia yang terbelenggu ini. Ada benarnya dakwaan bahawa kapitalis hanya memikirkan keuntungan. Tapi tidak selamanya kapitalis bergerak sendiri tanpa mekanisme pasaran. Kapitalis hidup kerana aksi pasaran. Menyekat pasaran beerti menyekat pilihan kepada orang ramai.
Dalam hal pendidikan, aku mungkin bersetuju dengan Hayek, bahawa subsidi untuknya boleh dijustifikasi.
Berbalik kepada persoalan kualiti universiti, aku tidak tahu tapi percaya bahawa sistem kuota juga menyumbang sedikit sebanyak kepada aspek ini (baca: mahasiswa dalam perkaitan pentadbir dan pensyarah). Jujurnya, aku juga percaya bahawa peluang menyambung pelajaran harus diberikan sebanyak mungkin kepada orang ramai. Tetapi inisiatif lain perlu diwujudkan. Duit cukai tidak selamanya dapat menampung subsidi ini (lebih-lebih lagi UiTM yang dapat melampau, dan mereka yang bersuara hak Melayu Bumiputera di sana tak fikir pun nasib Melayu Bumiputera di IPTA lain!).
Universiti adalah medan ilmu yang boleh dikategorikan peringkat tinggi. Aspek ilmu yang luas dan tidak statik ini, ditambah dengan fungsi sebagai alat paling ampuh membina insan memerlukan lebih daripada persoalan yang selama ini menghias kenyataan menteri misalnya beg sekolah berat, siling sekolah bocor, keracunan makanan. Dan juga kenyataan pimpinan mahasiswa berkaitan pengangkutan ke kuliah, merit untuk tinggal di kolej dan sebagainya.
Arwah sdr Adlan Benan pernah menzahirkan rasa kesalnya kepada saya bila beliau terdengar bekas Setiausaha Parlimen Menteri Pengajian Tinggi mengupas agenda Pengantarabangsaan Universiti.
Kita harus lebih serius memikirkan persoalan yang menghimpit masa depan generasi mansang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sdr amin yg budiman,
ReplyDeletesy sepenuhnya tidak bersetuju dgn penswastaan universiti ini.spt yg saudara nyatakan bahawa kapitalis berasaskan keuntungan,maka akan ada medium ilmu tertentu yg menjadi kepentingan kapitalis ini.pasaran memang menggerakkan kapitalis(market oriented), dan ini menjadi sosok negatifnya penswastaan ini.namun aku tidak menghalang jika kapitalis ingin membuka universiti mereka sendiri.itu terpulang.dan aku juga tidak bermasalah jika kapitalis ingin melabur dlm bidang tertentu di dlm IPTA dan hasil penyelidikannya menjadi milik kapitalis.
campur tgn politik juga perlu dihapuskan ke atas universiti ini. ambil shj contoh bila pak lah mengumumkan bahawa biotek menjadi suatu nilai, maka geran2 penyelidikan utk lain-lain hal tidak mendapat keutamaan.
campur tangan politik harus dihapuskan ke atas universiti ini - satu idea libertarian (baca: kapitalis), hehe
ReplyDeleteya sdr, saya secara peribadi memounyai pandangan bercampur baur. saya tidak menyalahkan penswastaan sepenuhnya kerana menidakkan campur tangan politik sebagai yg sdr cdgkan boleh dilihat sebagai beerti emolumen dan biaya universiti harus ditanggung sendiri oleh universiti di mana unsur kapitalisme (maksud saya mencari keuntungan atau sumbangan diperlukan).
penswastaan universiti harus ditampung dengan pengertian yang lebih baik. mungkin kita boleh melihat pengalaman di beberapa universiti di barat bagaimana kapitalis menghidupkan universiti.
jika sdr mahu bercakap soal biasiswa dan sebagainya, jangan lupa bahawa realiti hari ini menunjukkan ada saja apa yg umum memanggil kapitalis menyediakannya untuk para pelajar.
kapitalisme dan sosialisme harus difaham sebagai sistem, bukan sentimen :)
sdr,
ReplyDeletebiasiswa satu bentuk yg agak unik dr sistem liberal, semacam satu nilai dari zakat utk asnaf yg layak.
sy tidak pernah memandang sinis prinsip liberal, namun liberal harus belajar dr kegagalan sosialis yg telah 70 puluh thn berkuasa.
krn kapitalis mmg bijak menyembunyikan wajahnya ketika era sosialis. setelah era liberal yg memungkin segala jenis keterbukaan kapitalis baru menunjukkan belangnya skrg.
utk universiti pada sy, dana harus disalurkan drpd kerajaan tetapi medan ilmu itu haruslah jauh dari campur tgn kerajaan.
me, myself yang baik hati,
ReplyDeletememahami keluasan dan kepentingan ilmu, saya tidak sukar untuk bersetuju dengan sdr.
saya tidak pasti sebanyak mana beban kita nak campakkan ke pundah kerajaan bila kita inginkan hampir semua perkara dimilik negarakan (baca:implementasi sistem sosialis).
biasiswa juga akan berdepan dgn byk isu terutama berkaitan merit. memang terma biasiswa itu selalu membujuk kita untuk menyokong, tetapi ia tidak muncul sendiri tanpa membawa sejumlah persoalan misalnya:
1) apa ukuran penerima biasiswa? banyak A?
2) bagaimana mereka yg di luar bandar yg menerima kemudahan pengajian berbeza?
3) bagaimana nasib anak orang kaya (baca:mampu) yg juga bertungkus lumus utk dapatkan A, A yang ada?
saya lihat kadar 1% pada PTPTN adalah kadar yg wajar. sudah tentu saya memaksudkan bayar balik jumlah yg dipinjam sahaja lebih baik, misalnya kadar 1% hanya bermula selepas 3 tahun dan jumlah pinjaman wajib dibayar dlm tempoh 15 tahun.
saya tidak pasti kesungguhan membayar oleh rakyat kita berbanding kesungguhan menuntut duit.
dalam konteks ini, milik negara atau bukan - kedua-duanya akan terbeban dengan sikap penerima biasiswa atau pinjaman.
sdr amin,
ReplyDeletesy tidak ada masalah dgn biasiswa. cuma yg sy bangkitkan adalah menjadi keperluan kerajaan menyediakan pendidikan percuma kpd masyarakat.
tapi jika merujuk kpd terma biasiswa yg saudara nyatakan sy suka memetik kata2 umar.
"jika aku mempunyai kemampuan, aku tidak mengambil harta kerajaan yg menjadi hak aku.jika aku tidak mempunyai kemampuan aku akan hanya ambil dlm kadar minima".
tetapi sy ttp berpegang pendidikan spttnya adalah percuma. tetapi soal sara hidup pelajar itu boleh shj diberi dlm bentuk biasiswa oleh bdn bukan kerajaan(kapitalisme) dan juga dlm bentuk zakat.
sy tidak meletakkan bahawa segala2nya harus disediakan oleh kerajaan tetapi ada perkara yg patut dikongsi hidangannya di atas satu meja.
p/s: mohon tunjuk ajar.
me, myself..
ReplyDeletesaya fikir pendidikan percuma hanya mungkin wujud jika kita menghidupkan masyarakat madani dengan perspektif libertarian (saya menggunakan istilah moden ini untuk menunjukkan bagaimana ia cocok dengan Islam).
untuk saya, guru peranannya harus mengajar dan terus mengajar. tapi realitinya, hari ini tok-tok guru terpaksa menampung kehidupannya sendiri justeru masa terbahagi untuk tujuan mencari rezeki keperluan hidup dan juga mengajar. masa optimum tidak dapat diberi kepada pengajaran. ada sebahagiannya menjadikan pengajaran sebagai komoditi dengan maksud - nak ilmu, sila bayar!
dalam perspektif libertarian yg saya lihat cocok dengan islam, kita harus mendorong umat membiaya kehidupan tok-tok guru ini dengan sumbangan mereka atas kesedaran kepentingan. justeru, pada hemat saya, sistem tidak salah melainkan ia bergantung kepada penggeraknya.
umat kurang diajar memberi sedangkan tangan memberi lebih baik dari yang menerima.