Wednesday, October 8, 2008

Ustaz Asri Letak Jawatan

Secara peribadi, aku tidak pernah bertemu Dr. Asri, mufti negeri Perlis (negeri aku la tu!). Aku pernah berutus email untuk merungkai kekusutan isu dalam otak aku saat beliau menghabiskan pengajian PhD dulu yang akhirnya tidak dijawab. Selain itu, 'Aidil Fitri baru-baru ni kebetulan bertembung ketika beliau memandu. Adik aku yang cam, aku tak cam sebab dia tak pakai kopiah. Tapi aku yakin itu dia bila kami berhenti sebelah menyebelah kerana lampu trafik yang merah.

Khabarnya beliau akan meletakkan jawatan hujung bulan ini. Desas-desus telah bermula lebih awal. Mungkin ada yang beranggapan ia masih baru, tetapi sebenarnya ia bermula bila DS Shahidan Kassim gagal mengekalkan kedudukan Menteri Besar di Perlis. DS Shahidan kini dilantik Penasihat NCER.

Orang Perlis terutama di bahagian Arau mungkin sayangkan DS Shahidan. Almaklum, dasar Sosialisme berwajah Islam banyak memberi gula-gula kepada rakyat. Raya baru-baru ni orang kampung mula membanding apa pemberian MB Perlis sekarang berbanding dulu. MB pula pening kepala melihat bagaimana ekonomi negeri Perlis digerakkan dengan cara amat tidak waras (rujuk kepada hutang dan penompokan kekayaan). Anak-anak muda mahasiswa mungkin bengang kerana tahun ni tak ada lagi duit raya dari MB.

Raya baru ni juga aku jumpa dengan senior lama aku (adiknya sama umur dengan aku dan menjadi menantu DS Shahidan). Senior aku ni Ustaz Fathul Bari adalah anak mantan Mufti Perlis dan dia agak rapat dengan Dr. Asri dari segi fikrah. Aku agak dia akan jadi orang cadangan Dr. Asri untuk jawatan Mufti.

Di kalangan kawan-kawan, Dr. Asri dilihat sebagai penggerak idea Wahabi yang berselindung dengan nama Salafi. Menurut kawan aku yang juga lulusan dari Jordan dan Mesir, boleh dikatakan semua aliran gerakan dakwah adalah Salafi, Wahabi adalah cabang dari Salafi.

Aku tidaklah mahu menjadi hakim dalam hal ini. Untuk aku, Dr. Asri mungkin antara Mufti yang terbaik dalam konteks mengambil tempat yang berani untuk berperanan atas kapasiti Mufti di Malaysia. Mungkin Mufti lain lebih baik, tetapi tidak nampak jelas berperanan kecuali Ustaz Harussani. Umum maklum ada 'perang dingin' antara Ustaz Harussani dan Dr. Asri dalam konteks yang sihat - berbeza pendapat. Cuma aku rasa tidak manis dari cara Ustaz Harussani mengungkap kata 'terlebih pandai' kepada Dr. Asri.

Ada juga teman yang menganggap Dr. Asri pandai berpolitik. Pandangan yang nampak 'liberal' adalah untuk masyarakat pembaca bukan-Melayu dan bukan-Islam. Katanya, Dr. Asri pernah menyampaikan hasrat untuk menjadi Mufti Selangor.

Entahlah...Allah s.w.t. juga yang Maha Tahu. Untuk aku, bicara soal tokoh ada kepentingannya. Tetapi kita harus berani pergi kepada idea yang membentuk sistem - sama ada sistem kepercayaan atau sistem kenegaraan.

2 comments:

  1. Assallamualaikum W.R.T, mudah-mudahan Allah akan merahmati Mufti ini Dr. Asri dan semua rakyat Malaysia serta dunia amnya...Diharap agar ugama Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya kembali kepada pegangan Islam yang sebenar...kerana ilmu tanpa amalan dosa, amalan tanpa ilmu sia-sia. Kpd para ulama dekatilah umat islam dan bukalah mata dan hati anda kepada senario kita pada hari ini. Kejahilan dan kemungkaran bagai tiada batasan lagi.

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum W.R.T, mudah-mudahan Allah akan merahmati Mufti ini Dr. Asri dan semua rakyat Malaysia serta dunia amnya...Diharap agar ugama Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya kembali kepada pegangan Islam yang sebenar...kerana ilmu tanpa amalan dosa, amalan tanpa ilmu sia-sia. Kpd para ulama dekatilah umat islam dan bukalah mata dan hati anda kepada senario kita pada hari ini. Kejahilan dan kemungkaran bagai tiada batasan lagi.

    ReplyDelete