Aku gembira membaca tulisan YB Nik Nazmi di Malaysian Insider. Pada aku tulisan ini mencerminkan kematangan dari sudut pemahaman demokrasi yang luas.
YB Nik Nazmi seusia dengan aku dan kami mula berkenalan di ruang maya - waktu itu nama beliau naik dengan projek Suara Anum. Aku tidak pernah kenal beliau meskipun MCKK juga menggunakan ruang di sekolah aku (SMK Derma, Kangar, Perlis) sewaktu pertandingan Debat dulu.
Dari pengenalan di ruang maya, kami mengatur siri pertemuan sebelum kemudiannya kami menduduki kerusi kepimpinan kampus - beliau di luar negara dan aku di dalam negara. Yang pasti, sikap aku mula dipantau selepas membuat kenyataan membela beliau sewaktu tekanan dan nista dilemparkan kepadanya oleh kelompok BTN.
Ikut sama membantu dari belakang tabir (persoalan idea dan kempen maya) sebelum beliau menjawat kedudukan sekarang, aku fikir beliau adalah aset penting suara muda yang harus diangkat. Sebenarnya bukan persoalan beliau adalah YB muda dari PR. Pada aku suara muda mesti berani mengambil ruang yang cukup untuk menyuntik elemen kreatif dan kritis dalam persoalan dasar. Sebagaimana dalam wawancara bersama UmmahOnline, aku kekal berpandangan bahawa ia bukan soal orang muda dan orang tua menerajui perubahan, ia persoalan idea dan idea harus punya ruang untuk dibincang dan dibahas terlepas persoalan setuju atau tidak.
Ramai yang tidak ambil kisah persoalan institusi dek kerana Mahathirisme telah berjaya memutarbalikkan institusi mengikut seleranya sehingga akar keragaman hidup bernegara akhirnya ditentukan oleh ahli politik (terutama pemerintah). Lumrah manusia, mereka tidak rasa apa-apa yang penting untuk diperhalusi dalam situasi mereka beroleh keuntungan.
Pada aku kepimpinan harus bergerak dari keazaman meletakkan keadilan dalam seluruh prosesnya - meskipun keadilan ini akhirnya membaham diri kita. Pada aku, tingginya nilai keadilan ini boleh dilihat dari makna yang dizahirkan Rasulullah s.a.w. sebagai "meletakkan sesuatu pada tempatnya". Ia tidak mudah, tetapi sepanjang peluang yang ada, aku rasa sangat bahagia untuk bertindak dari asas ini meskipun ada kalanya ia "membaham aku". Tapi aku akur kerana ia adalah self imposed guardian kepada karakter peribadi.
Friday, October 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aslkm.. mempelawa anda untuk vote di sini www.musicforum2007.blogspot.com. Trima kasih.
ReplyDelete-ariapertama.blogspot