Terima kasih untuk Kay yang tetiba rajin pula online sejak akhir-akhir. Kau ni memang Superman yang mendengar hati aku menjerit la...
Kay adalah kawan aku yang rapat tak rapat sangat. Nasib kami sering sama meskipun laluan kami mungkin sedikit berbeza. Jika ada benda yang paling mengingatkan aku tentang Kay ialah peristiwa 1 pagi hingga Subuh aku mendengar rintihan hati dia. Entah kenapa aku lekas memahami dia dan dia tak boleh menipu aku. Jujurnya aku sangat bersimpati pada sebahagian pengalaman Kay.
Sejak semalam, tiba-tiba Kay muncul. Aku senyum. Selalu ingat pesan aku untuk diri dan kawan-kawan. Hari ini mungkin hari kawan kita ditimpa masalah atau berlaku silap. Hari kita tidak tentu. Maka, janganlah kita membesarkan kesalahan mereka dan jadilah kita pembantu mereka untuk menyelesaikan masalah. 
Tadi lepas Maghrib aku jalan-jalan rehatkan diri. Aku dapat rasakan ada sesuatu nilai intrinsik yang seakan menghilang dari diri. Aku tak pernah seteruk ini berdepan dengan masalah. Benarkah kata-kata Kay bahawa semakin kita tua, sensitiviti kita makin kuat? Atau kata lain emosi sering menewaskan rasional? Tuhan Maha Pemurah, hari ini aku makan malam awal kerana ada kawan yang bermurah hati membelanja. 
Untuk seorang kawan, aku minta maaf tak dapat pulang hujung bulan ini meskipun itu yang aku rancangkan. Aku yakin kau akan bahagia dan aku gembira mendapat perkhabaran itu. Cewah, boleh cuba psiko aku dengan sms-sms kau ya? Siap upah seseorang untuk mengesan aku. Sampai hati kau tak simpan nombor aku. Aman!
Sunday, November 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment