Hari ni aku hanya berada di rumah. Hari-hari kalau dapat tidur 5-6 jam yang terbaik kira ok dah.
Petang lepas Asar aku gi makan dekat Maulana Maybank - ceh patutla gastrik! haha
Kemudian aku dan Naim bergegas ke Alamanda, Putrajaya.
Eh, baru aku perasan masa turun Serdang tadi jalan agak lengang. Aku buat kesimpulan bahawa umat manusia kini berada di Kompleks Membeli Belah.
Tekaan aku tepat. Humang aih, susah betul nak cari parking.
Sebenarnya aku rancang nak ke Alamanda dua hari lepas. Mak SMS minta aku belikan untuk dia buku Travelog Haji kerana katanya ia tak boleh didapatkan di Perlis. Rasanya mak tak pergi semua kedai kot terutama kedai baru di bangunan Looking Good lama yang kini dah jadi UNIMAP. Puan Ainon sebagai sifu PTS boleh take note masalah ni kot? hehe..
Ya, mak dan ayah akan menunaikan haji. Dan aku sedang menimbang sama ada aku akan buat umrah tahun depan. Kalian doakanlah supaya aku dipermudahkan. Balik umrah mungkin semangat sikit nak berkahwin kot? haha...Aku dah kena perli dengan Ustaz Hasrizal.
Selain daripada buku tersebut, tangan gatal aku memaksa untuk membeli Reflections on ASEAN oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tak ada istilah fanatisme tokoh ya! Juga lagi satu buku yang agak mahal - Trade and Society in The Straits of Melaka oleh Nordin Hassan. Buku kedua ni mungkin kalian faham kenapa aku membelinya.
Sejak di kampus, memang duit aku habis membeli buku. Mungkin ini kelebihan orang tak bercinta di kampus kot? haha :p
Oh, aku terima pesanan ringkas yang menzahirkan rasa tak puas hati. Katanya aku ada kutuk dia belakang. Aduh, apa pula yang terjadi ni? Ada masa pula aku nak kutuk orang belakang? Rasa akulah, aku la orang yang paling suka bersemuka untuk menyelesaikan masalah apa-apa biar aku salah atau benar. Hidup bermusuh sangatlah tidak seronok. Maka aku syak ada salah faham dalam isu ini. Tengah sibuk membeli tadi aku minta izin dia dengan memaklumkan bahawa aku sedang shop (ringkasan sedang bershopping). Ya, sekarang aku dah balik dan harapnya dia akan online untuk selesaikan masalah ni.
Orang boleh tuduh aku bermuka-muka. Aku mungkin multiple personalities, tapi aku yakin aku bukan split personalities. Aku dulu budak kampung yang main selut, budak sukan, budak muzik, budak jiwang (ahah, pecah rahsia aku, haha :p), budak surau, budak politik dan sebagainya. Maka, aku kenalah cuba bercakap dalam bahasa yang mungkin pelbagai. Tapi di mana-mana aku akan ambil sikap tegas dalam hal keadilan dan kezaliman. Yang lain-lain mungkin aku behave sikit la.
Oklah, dia dah online. Maka, aku berhenti dulu ya.
* Aku lupa tulis yang sejak keluar Alamanda tadi hujan kembali membasahi bumi.
** Perbincangan menemui jalan buntu. Seperti biasa aku pilih untuk mengalah walaupun tak sempat bicara isu dengan jelas. Orang tengah marah barangkali...kesian aku.
*** Tuan2 jika jumpa saya kutuk orang belakang harap dapat maklumkan. Kalau nick tak register tu mungkin boleh dipersoalkan. Bacul tu kutuk orang tak register nick. Condemn kerajaan pun aku declare aku ni nama apa...
Sunday, November 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aiseh turun putrajaya tak habaq heheh
ReplyDeleteputrajaya is my domain... kalau cari parking kat alamanda time2 weekend ni mmg masak sikit... maklumlah alamnda sekarang dah happening, tak macam dulu sunyi sepi.
itulah..tapi saya jarang ke sana sebab mcm kecik. yg menyebabkan saya ke sana ialah kerana adanya MPH :p
ReplyDeletetolong sedekah saya rak buku utk simpan buku2 saya ni bleh? haha..kidding je.
a'ah, now alamanda agak happening bila ada benda2 baru ni. okla, as for me, nak kata ia hebat takla..sy dah biasa dgn perlis yang mcm xde apa..
tapikan, tmpt jatuh lgkan dikenang, inikan pula tempat bercinta..eh, tempat bermain :p
i think i've met with ms. kawai at malaysian herbal corporation/might sometime ago..
ReplyDeletedunia kita kecil kan? so, watpe kita nak bermusuh..moh selesaikan masalah!
ReplyDeletealamak hehe mmg affiliated la R... sah sah its me
ReplyDeleteR, might is my office, u datang sini as apa ya??? trainee ka? cam familiar je :)
ReplyDeleteyup...sy attach kt sna sebulan :) under supervision sri
ReplyDeleteyes yes i remember now student upm tu kan?? ramzi, kalau tak silap la
ReplyDeletehahaha what a small world
Ramzi is my junior and my housemate kak Kawaii...haha, pasni leh aa kita jumpa borak2 politik ke :p
ReplyDeletehaha tula ramzi ur junior ye? dulu ade la dia attach at my co kejap...
ReplyDeletekena panggil kita ni kak farah la adus tuanya aku...
anyway, problem dah settle ka??
sebab tu kita tak suka komen secara anon, nanti org lain kena
cam kat koleq 9094, tu, org lain komen kita pulak yg kena bantai huhu kesian kita
entah. harap2nya selesai la problem tu. saya rasa dia (dia ni sy sgt syg k :p) terasa mcm saya kata kat dia kot bila saya ada komen kat blog lain ttg perangai manusia (saya rasa la dari apa yg dia cuba bayangkan). mungkin saya silap kot.
ReplyDeletesaya terconfuse ada ke orang yang kita sayang kita nak kutuk? ahah, jadi kisah cinta pulak di sini, haish! :p
oh, koleq 9094 tu..port bebudak laki, so sabar jerla, ngeee...
haha...
ReplyDeletekisah cinta ka?
ingatkan apa
kalau melibatkan pompuan biasalah...
pompuan ni ada daya imaginasi yg tinggi..
kalau tak cakap pasai dia pun nanti ingat cakap pasai dia
so kena specific sikit spy takde yg terasa, or u can be blunt like budak2 koleq 9094 tu :)
Tuan Amin,
ReplyDeleteSaya copy artikel ini dan emelkan ke Pengurus Sales PTS supaya diambil tindakan.
Ok Puan Ainon, no harm ya! :)
ReplyDelete