Semalam hujan lebat menyimbah Kuala Lumpur. Hari ini hujan lagi. Hujan di luar sama lebat dengan hujan di dalam hati aku yang penuh masalah.
Sebenarnya aku ada 3 janji temu sebelum 1 daripadanya kami batalkan.
1) Aku jumpa adik Eekmal sebab beliau berminat untuk libatkan Malaysia Think Tank dalam program Young Guns 2008 di KLCC nanti. Aku cuba terangkan pendekatan MTT kepada beliau dan minta beliau berhubung dengan bos aku di London, sdr Wan Saiful Wan Jan kerana bos aku berpengalaman dalam projek Social Entreprise ni.
2) Jumpa 2nd bos di KL - Tunku 'Abidin (sorry bro!) untuk bagi cek yang dah diluluskan. Masa ni hujan sangat lebat di MPH. Aku tulis sorry sebab aku salute bos aku yang ni sebab dia tak suka guna nama Tunku dalam acara awam - so humble. Aku masih ingat dalam satu mesyuarat (rahsia!hehe) dia berani argue orang-orang besar "if saya jadi Raja, saya mahu bebaskan rakyat saya"..
3) Aku tak jadi jumpa kawan-kawan ilmuan muda (weh, bila nak conference ni?). Tapi aku jumpa Ammar. Alih-alih disuruhnya aku ganti tempat Fathi untuk isi slot tentang Hak Asasi Manusia dalam satu program. Maaf bro, dengan fikiran aku yang agak kusut dan janji untuk hadir kenduri Zul, aku tolak dengan baik.
Oh, aku sedang mencari buku Dia Kembali - siri terbaru karya Aie, boleh pula tak ada di MPH semalam. Tapi aku dapatkan juga dua karya lama dia (aku tau abang aku pasti ada koleksi ni).
Cerita Dari Dalam
"Kegagalan yang belum lagi duduk dalam kecewa, masih lagi menerawang mencari punca yang hilang tanpa meletakkan malang pada daerah nasib, daerah yang sering bikin kita hilang tertib".
Saat Jiwa Bicara
"Ketika ini, panca lihat hampir terus tak berfungsi. Sekadar merenung tetapi tak memerhati, memandang pada yang hilang..."
Dia Kembali
"Terlalu sedikit waktu untuk faham dalam banyaknya indah yang diada-adakan".
Sebenarnya aku merindukan "Aku Hidup Dalam Blues" dan "Catatan Perjalanan Seorang Student". Orang-orang kreatif - kamu memang terbaik!
Saturday, November 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment