Sunday, November 23, 2008

Catur 1

Aku mula bermain catur pada umur 9 tahun. Waktu itu hanya bermain di rumah jiran - Pak Long Mud (Mahmud) dan Mak Long Belah (Ramlah). Aku tak begitu pasti kaitan kekeluargaan kami tapi hubungan kejiranan waktu itu memang rapat.

Aku berkawan dengan Muziman, anak Pak Long dan Mak Long yang muda setahun dari aku. Abang Ex (Mahathir) - yang sebaya dengan abang aku - memang pandai bermain Catur. Untuk melepaskan gian ini, dia ajar kami bermain, tapi memanjang asyik kena 3 steps dengan 4 steps je (haha!) Kemudian aku dan Muziman mula belajar bagaimana hendak menangani kalah dengan cara yang mudah ini. Dapat kalah lebih 15 steps tu kira satu kejayaan yang besar bagi kami.

Masuk darjah 4, aku masuk kejohanan catur di sekolah. Bungkus! Darjah 5 cuba lagi, dan kini aku telah mula mewakili sekolah untuk kejohanan berpasukan. Kami dapat no. 2 di peringkat negeri. Begitu juga dengan perseorangan. Juara waktu itu ialah Dhia'ul Hafidh Fatah Yasin (anak Ustaz Fatah Yasin yang setahu aku melanjutkan pengajian di Madinah). Mada aku darjah 5, Dhia'ul baru darjah 4 dan menjadi juara daerah. Aku pernah cuba duduk bermain dengan dia di waktu senggang - kami seri. Waktu itu self esteem aku meningkat. Aku rasa aku boleh maju.

Dhia'ul masuk sekolah aku - Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indra, Kangar - masa aku darjah 6, dan dia darjah 5. Tahun itu aku juara di peringkat sekolah dan buat kali pertama merampas kejuaraan di peringkat daerah daripada Dhia'ul (dia juara untuk dua tahun sebelum itu). Di peringkat negeri, aku hanya dapat no. 2 dan terpilih mewakili negeri ke Perak bersama Dhia'ul dan Muziman.

Tapi bila aku dah lama dalam arena catur ni, sebenarnya aku rasa aku tak layak lagi untuk no. 2 waktu itu. Aku hanya kalah sekali daripada 6 perlawanan. Juara daerah Kangar kalah perlawanan pertama kepada Rodzwan, wakil Beseri dari sekolah Paya yang memang terkenal dengan bakat-bakat catur dari asuhan cikgu Darwis. Selepas itu aku hanya ingat aku menang dengan Faiz (juga pemain negeri, baru darjah 4), Megat (juara daerah Jejawi), Suhail (favourite player dari daerah Jejawi juga).

Dalam sistem kumulatif (sistem lama kiraan pemenang catur di penghujung kejohanan), kekalahan pada perlawanan pertama memberi kesan besar kepada jumlah angka kumulatif ini. Misalnya aku menang perlawanan pertama, kalah perlawanan seterusnya serta menang perlawanan ketiga, ia dikira 1+1+2=4. Tapi kalah perlawanan pertama dan menang dua perlawanan berikutnya, ia dikira 0+1+2=3. Perbezaan kumulatif ini sangat penting sekiranya ada tie-break dari segi jumlah kemenangan keseluruhan.

Waktu itu kejohanan bercorak Allegro 30 minit. Bermulalah perjalanan aku sebagai pemain catur yang serius. Perlis mensasarkan untuk mengaut kejuaraan bawah-12 tahun melalui Adli Fauzi dan tentunya cabaran sengit waktu itu ialah dari calon juara, Akashah dari Kedah. Aku hanya dimasukkan sebagai pemain berkumpulan bersama Rodzaly, Rodzwan, Faiz, Suhail dan Dhia'ul. Pemain perseorangan ialah Adli Fauzi dan aku tak ingat seorang lagi. Kejohanan MSSM diadakah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Aku tak ingat semua pemain untuk bawah 18. Yang aku boleh ingat ialah abang Mohd Rohizan (calon juara MSSM bawah 18 yang menduduki kerusi favourite no.2 selepas Ooi Chern Ee, pemain Pulau Pinang yang juga juara Malaysia), Syakir Ali, Kak Hafeeza (yang cantik bangat), Yusfaizal, abang-abang MRSM Beseri dua orang, Rosdi dan Syed Azmir.

Waktu itu bangganya mewakili negeri hanya Tuhan saja yang tahu, haha.

Bersambung siri kedua selepas ini...

4 comments:

  1. Dhiyaul tu kawan saya, ada kat putra jaya skrg ni. Kalau nak call dia boleh saya bg no hpnya.

    Takpun kita boleh kuar sama2 masa cuti raya haji nnti, apapun kene pastikan dulu skrg musim haji.

    ReplyDelete
  2. Oh ya kah?

    Nta di Machang, tak silap saya Mas Hafizul dulu sekolah di Machang.

    ReplyDelete
  3. mas hafizul siapakah gerangannya?

    Rumah kat perlis, bohor temak.

    ReplyDelete
  4. Oo, Mas Hafizul tu dulu juara catur Malaysia. Tua setahun dari saya. Adiknya Mas Harithul Fadhli sama umur dengan saya dan seorang lagi Azwan saya tak ingat umurnya berapa..rasanya muda 2-3 tahun.

    ReplyDelete