Aduh, aku baru sampai rumah. Seharian berlegar di sekitar Kuala Lumpur selepas Zohor tadi.
Bangsar hujan sejak petang sampai sekarang. Hujan sejak kami berlegar di IKEA Damansara. Bila tengok IKEA, teringat kat adik aku Puteri. Semoga satu hari aku dapat bawa dia ke showroom IKEA ni dan dia tahu ke mana hala tuju pengajian yang akan diikutinya nanti. Sejak masuk Universiti, aku selalu jadi tempat rujuk untuk beberapa keputusan 'penting'.
Sebenarnya bukan semua perkara aku tahu. Cuma dalam hal akademik ni aku sedikit idealis. Aku tidak percaya bahawa kita harus belajar untuk memenuhi keperluan industri. Pendidikan harus memenuhi apa yang digariskan Falsafah Pendidikan Negara. Sikap ini jelas aku nyatakan semasa memimpin persatuan pelajar di kampus. Sebab itu, dalam bicara soal politik dan sebagainya, aku sukar mengikut sepenuhnya sikap orang politik - hitam dan putih.
Dari dulu aku akan menyokong adik-adik malah siapa saja yang mahu meneroka bidang yang mereka minat. Minat boleh mendorong penerokaan yang baik. Di sana ilmu dapat diluaskan. Sebab itu, ada kebaikan daripada sistem pendidikan Barat terlepas daripada mengkritik sistem talaqqi.
Oh, selepas Maghrib di Masjid Saidina Abu Bakar di Telawi, kami - aku, Naim dan Ramzi - makan nasi lemak Bangsar yang popular tu. Ada dua temu janji lain yang aku perlu santuni. Oleh kerana hujan, mereka sedikit lewat dan aku menghabiskan masa di MPH Bangsar Village.
Persediaan ke Indonesia masih tidak menentu. Aku percaya program kali ini akan lebih mencabar kerana ia dijalankan di negara yang melalui satu proses Reformasi yang kaya dengan pandangan dan pergerakan.
Aku mula berkira-kira untuk menghiasi malam penutup dengan lagu Negaraku dan Terang Bulan sebagai tanda persahabatan :)
Thursday, November 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eh..jumaat hari tu pun izZa ke IKEA Damansara gak. hehe..
ReplyDeleteTak, sekarang dah Jumaat...saya pergi tadi - Khamis, hehe
ReplyDelete