Semalam abang aku minta akses masuk ke blog aaaaasal (punyala nak bagitau blog tu blog pertama aku buat) aku: Amin Ahmad:Tentang Aku. Sebenarnya dulu entri di blog ni banyak. Dari hal cerita keluarga dan kisah hidup peribadi aku yang aku titipkan (seingat aku bermula dari sekitar usia 5 tahun hingga darjah 3 waktu tu). Masa tu blogspot agak tidak mesra pengguna.
Cerita peribadi adalah kisah benar, maka ada bahagian-bahagian kisah lampau yang benar ini jauh tidak mencerminkan diri kita sekarang. Tapi hakikat sejarah ini tidaklah boleh dipadamkan.
Sambil blog itu dibuat, aku merangka blog Tumpang Muda di mana rasa aku tulisan di sana lebih serius dan aku cuba buat secara tersusun. Entah kenapa selepas berhenti seketika, aku kehilangan kata-kuncinya (dan kini aku telah dapat semula).
Becok juga tidak seperti Tumpang Muda. Becok lebih bersifat responsif dengan menempatkan sudut pandang pada isu dan tidak sekadar berlegar secara falsafah - maksud aku cuba menyatakan sikap kepada situasi sebenar.
Oh lupa, Cerita Dewi hanyalah manifestasi tulisan santai. Aku percaya bahasa yang sedikit ringan perlu untuk menjadi manusia normal (haha). Di Tentang Aku sebenarnya aku cuba menulis novel yang aku sulam dengan pengalaman aku yang rencam.
Blog jadi sangat seronok kerana ia adalah ruang bebas manusia berkongsi karakter masing-masing. Sudah tentu ada sisi baik dan buruknya. Jurnal hidup sehari-hari untuk aku sangat baik. Entah kenapa untuk hal sebegitu aku tidak mahir meluahkan berbanding bercerita. Aku selalu berasa bahawa perasaan aku gagal diungkap dengan ayat penulisan kerana ia tidak dapat sepenuhnya mewakili apa yang terbuku di dalam. Ada ceria, sugul, gembira, duka, bangga, celaka dan sebagainya.
Ah, aku akan cuba sulam pengalaman diri dalam watak novel (ye ke novel?) yang sedang aku siapkan. Dari seorang pemain bola sepak Coca-Cola, bertukar menjadi pemain ragbi negeri, dari seorang budak nakal kepada separa nakal (haha), dari seorang juara catur negeri yang akademiknya huru-hara kepada kebanggan keluarga, guru dan rakan, dari seorang penyanyi dan pemain gitar kepada penasyid, dari seorang aktivis dakwah kepada pelaku politik idea, dari seorang pencinta kepada pejuang cita-cita, dari seorang independent kepada interdependent.
Entah bisa aku memuatkannya atau tidak.
Aku selalu rasa bahawa aku jenis family man yang tidak mahu terlalu ke dalam bergelut dengan ketajaman rasa benci dalam masyarakat. Tapi kuat menggugah perasaan di dada bila melihat dan memikirkan persoalan masyarakat. Aku masih ingat tatkala aku sukar tidur malam bila merasa celaka hidup berehat-rehat sedang di luar sana umat melarat.
Oh Tuhan, tabahkanlah....
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
Bacaan ringan perlu diletakkan di blog, supaya dapat menarik pembaca bacaan ringan untuk membaca bacaan berat.
ReplyDeleteassalammualaikum bro, Nota Suara Aku tak pernah berhenti cuma keadaan persekitaran memungkirkan aku untuk ke NSA...tapi aku dah tukar profesion bulan7 lepas, tu pasal la aku dah BECOK skrg... sbb ko minta 5minit, ni sj Nota yg dpat aku tinggalkan ketika ni...
ReplyDeleteehm2 lawat2 blog aku slu nti aku bagi reward...haha
salam kunjung bro! memang santai disini!
ReplyDeleteTiada apa tentang apa-apa. Berhari-hari lamanya otak beku kaku entahla. Poket kontang makan berselang rokok da kurang. Situasi realiti bukan kosong bukan tak berisi. Segalanya serabut. Arrrgghh pening aku. Keserabutan ini volumenya turun naik, besar kecil. Segala cerita tentang hidup, tentang situasi. Situasi realiti. Ya. Kehidupan apa keadaan sekalipun harus disambut rayakan. Selagi boleh berharap, selagi boleh berangan, selagi nyawa dibadan. Maka harapan, angan itu akan meneruskan semangat kehidupan yang bukan putus asa tetapi terus-terus membakar.
Point ini, situasi itu merupakan sebuah transmisi penting. Lebih penting dari perebutan gelojoh sial haramjadah pemilihan umno. Ya. Haramjadah adalah perkataan terbaik untuk umno. Ya. Buta tuli pekak bodoh. Ha ro mim gim alip dal ha.
Aku tak percaya rosmah pernah menjadi pelacur lorong haji taib. Bersaing dengan pondan-pondan bertubuh sasa itu. Cerita ini hanya direkayasa oleh mimie, pondan yang begitu jelous dengan rosmah. Ya. Maksudku isteri najib. Hahaha aku tertawa. Kami tertawa. Boy dan ajip jugak ketawa. Hahahaha zhafir tak jadi mati. Hahaha menyambung hidup untuk ketawa ini. Sebuah lawak terbesar hari sabtu. Kepala sudah berair. Mata sudah kuyu. Arrrgh terlepas rokok terketar lutut hahaha semuanya ketawa hahaha
Oh teman sekalian,
ReplyDeleteTerima kasih untuk komentar pada entri putus idea ini. Benar apa yang dikatakan hasbullah, entri ringan mungkin jadi 'pemanis' bagi mereka yang tidak gemarkan bacaan berat. Sebab itu Novel mungkin satu alat berkesan.
Aku suka penulisan Frederic Bastiat! hehe
Irman, kita sangat lama tak jumpa. Dulu pun perkenalan kita bermula sangat serius - dari aku yang tepu idea tapi lemah mengartikulasi kepada kau yang sering mendakwa tidak punya idea tapi hebat mengartikulasi sampai dapat anugerah pendebat terbaik. Ingat tak waktu aku salurkan sejumlah maklumat untuk debat alam sekitar? Waktu itu kau panggil aku abang (dan memang aku abang pun! haha)
hafiz, ya turun naik roda kehidupan ini menjadikan ia beerti. di sana ada tanda kebebasan yang diberikan Tuhan kepada kita dan akhirnya kita yang memilih jalan mana untuk dilalui. Free market of ideas ini bukan tidak ada kesannya. Seringkali unintended consequences itu yang berlaku.
Mungkin saja bisa aku zahirkan di sini. Kebencian kita tidak harus sampai terlucut akhlaq. Itu pesan buat diriku dulu sebelum kalian kerana tentunya telinga dan mataku lebih dekat dengan apa yang aku tulis sekarang.
wah amin cuba mengungkit pertolongan yg diberikan secara tidak sengaja..
ReplyDeleteaku setuju, ada idea dan maklumat tapi gagal utk melontarkan adalah rugi...
mb aku terlupa utk mengucapkan segulung penghargaan atas itu, jadi harini aku ucapkan Terima Kasih Bro!