Saturday, November 15, 2008

Hujung Minggu Yang Sangat Bermasalah

Cerita 1

Sejak aku keluar dari 'uzlah' (pengasingan diri), aku ditimpa pelbagai berita yang pada aku 'buruk'. Aku masih ingat ketika 'uzlah' yang lain dulu ada seseorang berpesan bahawa sebaik saja aku pulang aku akan ditimpa berita buruk, maka bersabarlah. Aku yakin orang itu bukan wali, tapi maksud pesannya aku percaya...itupun kerana dari pengalaman-pengalaman hidup yang aku lalui.

Bila aku balik ke rumah, memang betul aku ditimpa 'ujian' yang menumpahkan air mata aku sampai emak terpaksa pujuk aku - terima kasih mak. Tapi itu kisah dulu, 8 tahun lalu. Aku mungkin lasak dulu - pemain ragbi negeri la katakan. Dari segi pemikiran, aku banyak dipengaruhi oleh ayah, aku satu-satunya anak yang cepat belajar Matematik, workoholic dan minat politik. Dari segi perasaan aku banyak dipengaruhi oleh emak, justeru aku lebih selesa bercakap dengan emak even hal kahwin pun (bila perlu la sebab mak pandai korek rahsia!haha).

Tengok, sebenarnya aku boleh ketawa walaupun aku sangat bermasalah. Ini mungkin satu kekuatan yang aku belajar dari mak. Urm, aku bukan tak menulis sejak dua menjak ni tapi aku menulis di tapak lain sebab aku jadikannya tempat meluahkan masalah aku.

Cerita 2

Ada cerita politik yang aku tahu tapi aku sangat tak ada mood. Hidup aku sangat bermasalah (pada aku la). Mungkin ia jadi sangat kerana aku masih tak pulih dari kepenatan. Cukuplah aku katakan berita politik aku semuanya menggembirakan terlepas dari pertimbangan aspek tak menggembirakan - Oh Tuhan, terima kasih kerana masih ada peristiwa hidup yang boleh membuat aku tersenyum meskipun dipaksa.

Cerita 3

Petang tadi hadir kenduri Zul kahwin. Tahniah Zul! Semoga kau dan Leen akan bahagia hingga akhir hayat. Zul bekas roomate aku selepas kami 'memilih' menginap di luar kampus. Dari Zul, aku banyak belajar persoalan hidup secara tidak langsung. Aku suka bila dia tunjukkan kematangan dia walaupun selalunya kami lebih suka santai. Percintaan 7 tahun dia dan Leen agak menarik pada aku. Kalau kita tengok bagaimana mereka berbeza pendapat, takut pun ada. Tapi aku sebagai orang lain pun dapat rasa bagaimana rasa hormat dan menghargai cukup tinggi sesama mereka dalam dok bertengkar hal-hal remeh pun, haha.

Yang menariknya petang ini ialah aku kalah cabutan undi! Maka aku terpaksa menyanyi karaoke dalam kenduri tu - lagu Alleycats la sebab Zul suka (selain The Beatles, ye tak Zul?). Kalau nak kira mood aku, memang tak sesuai tapi terima kasih buat kawan-kawan yang selalu ada waktu aku susah dan senang. Aku sayang korang..nilai perhubungan sesama manusia terlalu besar untuk aku korbankan.

No comments:

Post a Comment