Sunday, November 16, 2008

Jalan-Jalan Blog Orang

Aku suka baca review filem dari blog orang. Meskipun aku suka menonton, aku sering gagal untuk menggarap mesej dalam kata yang tuntas dan ringkas. Entah, mungkin kerana aku rasa setiap bahagian dari filem itu berkait antara satu dengan yang lain.

Antara filem yang aku suka tentu sekali adaptasi novel ke panggung. Kekuatan imaginasi pengarah misalnya dalam Harry Porter dan Lord of the Rings cukup hebat. Seperkara lagi, filem Barat sentiasa sarat dengan mesej meskipun ia digambarkan dalam fiksyen yang membuang realiti pahit kehidupan.

Filem Ayat-Ayat Cinta mungkin percubaan yang baik. Aku harus akui bahawa dibandingkan dengan Novel, ada banyak keciciran dalam pengolahan watak. Tanya saja wanita yang membaca Novel ini, mereka bisa saja jatuh cinta dengan Fahri melalui pembacaan. Novel ini aku hadiahkan kepada adik perempuan aku - selepas diminta.

Jika ada bait-bait yang memberi kesan kuat kepada aku dari Novel dan Filem ini, ia adalah:

"Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas"

Ia sebenarnya mengingatkan aku tentang banyak hal dari perjalanan hidup aku. Ah, ada orang kata aku ni seperti perempuan - mudah tersentuh. Entahlah, pada aku keluasan pengalaman banyak mengajar aku tentang erti kasih sayang, kejujuran dan keadilan. InsyaAllah dalam hal ini aku tidak berkompromi dengan diri sendiri bahawa ia mesti diusahakan oleh aku.

4 comments:

  1. Alhmd...Novel ayat-ayat memang menarik apabila dibaca...sayangnya apabila difilemkan ..amat tidak menarik kerana roh penulis dan roh pelakon terlalu amat berbeza..penulis dapat menjiwai apa yang ingin disampaikan kepada pembaca manakala pelakon hanyalah sekadar berlakon..

    ReplyDelete
  2. Err, saya tak berani komen tentang itu. Apa yang saya boleh katakan, garapan pengarahnya tidak cukup kuat berbanding Novel.

    Tapi jangan terkejut, ada penulis muda yang agak terkenal di Malaysia akan melenting jika kita terlalu memuji Ayat-Ayat Cinta.

    ReplyDelete
  3. mugkin tidak...penulis muda itu sekadar menulis apa yang tersirat..bukan melenting..

    ReplyDelete
  4. itu cakap sdri di sini, tp ckp sy cerita di luar sana - realiti hidup

    ReplyDelete