Sunday, November 2, 2008

RAZAK

Dalam borak santai di YM dengan sahabat aku, sdr Najwan Halimi, aku mengemukakan teori RAZAK sebagai lanjutan teori RAHMAN. Sebenarnya ia bermula dengan gurauan bahawa teori lanjutan ialah teori NAJWAN, haha.

Teori RAZAK menunjukkan Tengku Razaleigh (R) menyertai PAS dan menjadi Perdana Menteri melaluinya. Tengku Razaleigh bersetuju sebagaimana perjanjian dengan DS Anwar untuk hanya menjadi PM selama dua tahun sebelum DS Anwar (A) mengambil alih untuk satu penggal berikutnya. Kemudian DS Ahmad Zahid Hamidi (Z) akan menjadi PM. Selepas Zahid ialah Azmin (A) dan selepas Azmin tinggal huruf K.

Sebenarnya semasa di Ijok pernah aku bualkan dengan seorang teman lama dalam politik. Beliau menyatakan teori kepimpinan muda yang berbakat untuk menjadi PM ialah Azmin dan KJ.

Najwan mahu meletakkan KJ sebagai Perdana Menteri tetapi aku tidak bersetuju. Untuk menyatakan rasa tidak setuju yang jelas aku nyatakan K tersebut ialah Kiamat. Justeru, kami tak perlu berfikir tentang teori HUSSEIN pula selepas ini!

Tapi ada sedikit perubahan dibuat oleh Najwan dalam postingnya.

Dalam perbincangan kami, aku telah nyatakan padanya orang PAS akan marah kerana merasa terpinggir. Mungkin kerana itu kami bersetuju bahawa Tengku Razaleigh akan masuk PAS dan ia lebih cocok dengan jiwanya barangkali.

Ini hanya teori dan tidak wajib menerima. Kami tidak pernah berfikir bahawa teori-teori ini wajar disandarkan kepada mana-mana parti kerana politik Malaysia akan dan harus benar-benar baru - merentas parti.

1 comment:

  1. Khairy sedang berdepan dengan Kiamat skrg ni. Utk cuci dosa dan jadi PM, dia kena masuk DAP.

    ReplyDelete