Friday, November 28, 2008

Selamat Hari Lahir

Sebenarnya aku hampir tidak pernah menceritakan apa-apa tentang hubungan percintaan aku pada orang lain. Ya, hubungan yang tidak mencapai tahap serius - maksud aku bertunang dan berkahwin - mungkin tak perlu dihebahkan kecuali sesiapa terjumpa di mana-mana (huh, nak jumpa apanya?).

Pukul 12 nanti bermaksud 29 November dan ia adalah antara tarikh yang aku ingat kerana dia yang pernah aku sangat sayang kini tidak lagi menyulam rindu bersama.

Mungkin ada hikmah lain di sebalik apa yang terjadi. Aku kini menjaga hati dan Tuhan itu Maha Mendengar. Ya, tentu saja manusia selemah aku bisa lalai.

Kejujuran kadangkala menyakitkan. Pada aku hubungan kami mungkin pernah di tahap yang istimewa. Perpisahan kami pada aku bukan salah sesiapa. Mungkin kami tidak begitu matang memahami sinergi dan dinamikanya.

Aku masih ingat bahawa aku pernah berharap satu hari dapat mengimamkan dia dalam solat. Aku selalu cakap pada kawan-kawan kenapa aku tidak jadi ahli politik. Aku fikir aku seorang yang cenderung menjadi family man.

Untuk dia, Selamat hari lahir. Semoga panjang usia dalam ketaatan, dipermudahkan rezeki yang halal dan berkat serta dipelihara Allah s.w.t. dunia dan akhirat.

Ini mungkin kali pertama dan terakhir aku menulis tentang 'cinta' aku yang gagal tapi penuh pengajaran.

Terima kasih untuk awak yang pernah membuat saya tersenyum. Semoga berbahagia. Maaf dan terima kasih untuk segala yang buruk dan baik sepanjang kita pernah bersama.

Untuk mak, tengoklah sampai 2010 kalau tak ada calon, kenalah mengalah, haha :p (haha ni happy cara orang laki...)

* I don't give a damn apa pun korang nak kata tentang entry ini.

5 comments:

  1. senyumlah
    senyumlah
    ahai
    cek mek molek

    ReplyDelete
  2. bagaimana kan ku mula..
    apakah kata-kata..
    yang bisa ...

    hmm..hehe

    ReplyDelete
  3. jgn mengalah, gunakan ayat yg meruntun hatinya semula.

    bisa?

    ReplyDelete
  4. apa perlu kau gunakan bahasa indah pd dia..
    jika pengakhirannya buat kau derita..

    ReplyDelete