Saturday, November 22, 2008

Selamat Ulang Tahun

Pitt kenalan lama aku. Kami sama-sama tusyen berhampiran rumah aku. Ayah Pitt ialah cikgu di sekolah aku (sekolah menengah).

Pitt belajar di sekolah lain. Seingat aku sekolah Pitt memang terkenal dengan sekelompok anak muda yang meminati muzik aliran Black Metal. Ya, jangan tidak tahu bahawa Sil Khannaz itu sebuah band yang diasaskan dari daerah Pitt. Maka, tidak hairan pengaruhnya (baca: aliran muzik) kuat di sana.

Semasa aku mula kenal Pitt, dia nampak sangat skema. Jika dipadankan dengan ayahnya - sebijik! haha (jangan marah ya Pitt!). Kami pernah bertembung di UIA semasa aku menghadiri Kuiz Intelektual pada tahun 2004. Penampilan kali ini terbalik. Jika dulu aku yang berimej Grunge dan dia skema, kali ini aku yang skema dan dia lebih santai.

Kami selalunya berjumpa di tanah perkuburan Mata Ayer, kampung aku dan kampung dia.

Tak lama lepas tu aku tahu Pitt berkawan baik dengan adik aku, Naim. Entah dari lubuk mana mereka kenal aku pun tak tahu. Tapi yang menariknya aku tahu Pitt sedang bercouple dengan gadis hot di arena maya (hot di sini jangan disalah fahami. Ia memerlukan kembali pada zon masa yang lama dalam arena maya).

Akhirnya aku tahu mereka telah kahwin. Semalam adalah ulang tahun perkahwinan mereka. Aku hanya tahu dari Cinta Buah Kedondong. Dari cara Sue Anna menulis, aku yakin Pitt masih orang yang sama. Semoga kalian berbahagia hingga hujung nyawa.

* Aku tulis ni nak berguru dengan kau Pitt, hahaha :p
** Oh penat sekali berpusing-pusing sekitar PJ mencari jalan, nama je duduk KL dekat satu dekad. Takpe, dunia undergrad di kampus telah tamat, sekarang dunia luar perlu diharungi...
*** Hari ini hanya pagi tadi aku rasa KL betul-betul dingin tanpa hujan...

2 comments:

  1. Weh, nak berguru apanya. Aku yang sepatutnya berguru dengan hang En. Amin Ahmad.. :)

    ReplyDelete
  2. Jadiklah guru kami! Huahua. Penulisan kamu sangat menarik, very the ilmiah. Suami Anna a.k.a sahabat ada memuji anda pada saya.

    Adik anda je, Naim tak best. Ahahaha.

    ReplyDelete