Bulan ini bulan bertuah - Ogos. Ia jadi bertuah kerana di hujungnya kita selalu, selama 50 tahun menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara. Dan seringkali waktu itu juga kita tidak pernah mahu berfikir bahawa 16 September juga harus dikenang sebagai Hari Malaysia.
Lewat pembebasan DS Anwar, IKD pernah mengusahakan Pidato Kemerdekaan di mana Pemahsyuran Kemerdekaan disingkap. Waktu itulah sms dilayangkan oleh BTN yang kemudiannya dipanjangkan oleh TNC UPM kepada aku membayangkan terlucutnya jawatan Pengarah Konvensyen Mahasiswa Kebangsaan 2004 kerana dilihat hadir ke Pidato DS Anwar. Ya, dan Isnin itu juga selepas berbincang panjang dengan YDP MPPUPM, aku melepaskan jawatan tersebut dan dihalang mengikuti konvensyen tersebut, meski sebagai penganjur, kontinjen UPM tidak cukup! Itu cerita lalu.
Dalam Pemahsyuran Kemerdekaan, disebut jelas persoalan keadilan dan kebebasan yang dijamin untuk seluruh warga.
Tanda tanya awal : dalam kita menentang ISA, menuntut media bebas, menuntut kedaulatan undang-undang dan sebagainya..apakah ia bertitik tolak dari kemahuan kepada kebebasan atau bertitik tolak dari anti kezaliman?
Ada ruang tipis antara keduanya, dan pertarungannya telah melarat zaman-berzaman.
Wednesday, August 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment