Dalam bual kami tidak lama sebelum ini, kami percaya cerita Pengislaman Ilmu ini adalah gagasan yang sudah lama bertapak maka kita tidak boleh tersekat di situ. Hanya saja kami akui bahawa generasi muda yang ghairah mencari dan mengukuhkan jati diri (tidak terkecuali aku) harus sentiasa difahamkan asasnya dan mahu ke mana kita dengan gagasan ini. Maka, bengkel Pengislaman Ilmu dimunculkan untuk menampung keperluan ini.
Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) akan menganjurkan Bengkel Pengislaman Ilmu 2008. Butiran program adalah seperti berikut:
16 Ogos 2008
08.30 pagi - 05.00 petang
Sudut Wacana ATMA, UKM, BANGI
Maklumat lebih terperinci, dan cara menyertainya boleh disemak menerusi alamat di bawah:
http://www.kesturi.net/2008/07/30/bengkel-pengislaman-ilmu-2008/
Harap yang berminat segera mendaftar kerana penyertaan terhad untuk 25 tempat sahaja.
sekian, semoga bertemu nanti.
Tidak rugi mengkayakan diri dengan ilmu - baik bunyinya Islam atau sebaliknya.
Saturday, August 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment