Monday, August 11, 2008

Siri 7 : Aktiviti Selain Kuliah (Tahun 1)

Selepas ambilan kedua untuk semester pertama tahun 2000, kami pelajar Diploma Perhutanan dikumpulkan untuk taklimat Kem Perhutanan. Dari situ aku diangkat menjadi Penghulu bagi ambilan tahun 2000 di mana tugas aku adalah untuk menyelaras persediaan Kem Perhutanan 2000 yang akan berlangsung selama 2 minggu di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong - hutan yang dipinjamkan Kerajaan Selangor kepada UPM untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

Selain dari itu, aku mengikuti kursus Silat Cekak Hanafi. Kalau ikut kata Pak Su, Ustaz Hanafi seguru dengan Tokwan (panggilan untuk Tok lelaki oleh orang Utara). Arwah Tokwan adalah pendakwah bebas, sebelum berpindah ke Keramat, beliau mengajar di Derga, Alor Setar.

Selain itu aku mewakili kolej untuk Ragbi, Olahraga dan Puisi Merdeka. Pasukan olahraga kolej waktu tu mengambil beberapa pelari dari blok MSN seperti Nik Nor Azura dan Noraseela Khalid. Tahun 2000 pertandingan olahraga inter-kolej dibuat di UNITEN kerana Stadium UPM masih belum siap sepenuhnya.

Aku juga aktif bersama jemaah tabligh di kampus. Surau jadi pusat kaderisasi pelbagai pergerakan pelajar seperti PMI, Tabligh, Permawan dan KBM. Kadang-kadang pening kepaala melihat perebutan anak usrah sehinggakan ada kes bertumbuk di surau sebuah kolej! Suasana universiti yang terbuka membolehkan banyak perkembangan kampus diketahui ramai termasuk gossip politik di kampus.

Di kolej, kami memasak. Bawa periuk nasi dan sembunyi bila tidak digunakan. Itu cerita akan datang..

No comments:

Post a Comment