Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ini baru saja mengeluarkan kenyataannya.
Kenapa syabas?
Kerana aku suka bila beliau buat kenyataan ini - "Itu pandangan Dewan ulama PAS, tentulah kita kata presiden kita yang layak, mungkin kalau parti lain akan menyatakan presiden parti mereka yang layak. "Jika timbul lagi persoalan mengenai proses untuk perundingan mengenai hal ini, kita serahkan kepada kebijaksanaan para pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat".
Banyak kali juga aku tulis bahawa kolektivisme tidak harus membunuh individualisme. Dalam konteks Pakatan Rakyat - keputusan kolektif Presiden parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak harus membunuh pegangan parti dalam konteks individu.
Hanya saja pesan aku secara jelas - jika sebelum ini agenda mengangkat DS Anwar sebagai Perdana Menteri telah jadi persetujuan kolektif, kita harus berdisiplin dalam berbeza pendapat, sekurang-kurangnya untuk tempoh tidak menentu. Pakatan boleh saja bersetuju secara kolektif untuk mengambil Perdana Menteri dari PAS (jika menang dan mampu membentuk kerajaan la), tapi aku percaya ramai yang belum bersedia mengangkat Perdana Menteri dari kalangan masyarakat Cina-Bukan Islam.
Ya, idea ini provokatif, tapi jujurnya aku tidak menolak untuk berfikir tentangnya dan sedia memberi kepercayaan jika itu yang terbaik. Beranikah kita memikirkannya? Ya, mungkin kita akan berhujah bahawa ada undang-undang membataskannya. Dan aku pula mahu berhujah bahawa undang-undang manusia yang gubal dan kita harus bersedia untuk memberi equality of opportunity untuk semua.
Cuma dari kenyataan Ustaz Daud boleh jadi lebih inklusif misalnya "Kita lihat kepada persoalan yang lebih menguntungkan Islam, jika tidak untungkan pihak Islam terpulang kepada keputusan yang akan diambil oleh pakatan Rakyat selepas ini," boleh ditukar begini "Kita lihat kepada persoalan yang menguntungkan ramai, dan kita yakin idea-idea dari sumber Islam boleh memberi manfaat kepada semua". Ia akan lebih mengukuhkah slogan PAS for All dan juga tidak nampak eksklusif serta menjadikan diri bertanggungjawab untuk meneroka keluasan idea dan pengalaman Islam sepanjang zaman.
Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment