Sunday, August 10, 2008

Memeluk Islam

Sentimen atau rasional?
Progresif atau Pesimis?
Proaktif atau Defensif?
Prejudis atau Opportunis?

Kita harus tanya - Islam versi mana yang kita cuba praktiskan dari telahan dalil?

11 comments:

  1. aku kira dalam isu ini ia adalah wrong timing and a very poor choice of words oleh pihak Bar Council.

    Akhirnya suara yang rasional dalam isu ini datangnya dari seorang ahli Umno.

    http://sangkelembai2006.blogspot.com/2008/08/islam-bukan-sekadar-di-peluk.html

    ReplyDelete
  2. Ya, tapi itu teknikal. Dari segi prinsipal?

    Terlihat dalam demo berkenaan lebih kepada prinsipal, bukan lagi teknikal.

    Malaysia harus bergerak menikmati iklim bebas. Tak perlu berterusan nyatakan kebebasan ada had kerana semua maklum kebebasan ada had. Pokoknya kongkongan selama ini tidak melahirkan apa-apa.

    Umat Islam tidak boleh hidup sekadar sentimen sebaliknya harus dengan keyakinan melalui proses fikir dan beradu pandangan. Maaf, saya tidak biasa mengenal iman yang muncul dari sentimen - kerana yang bertaqwa itu dari teks Al-Quran jelas dipadankan dengan orang berilmu.

    Jika mahu sebut soal autoriti, saya fikir elok tidak dikesampingkan autoritatif. Autoriti adalah soal formaliti pada masa ini. Saya tidak tahu ulama' mana yang mahu wewenang mendakwa mereka berautoriti dalam mengemukakan pandangan.

    Kegelapan tidak boleh dihalau,nyalakan lilin!

    ReplyDelete
  3. yes...
    pd aku islam harus dipandang dan dirasai oleh penganutnya dgn penuh keyakinan dan penuh kepercayaan.keyakinan dan kepercayaan ini hanya boleh ditemui apabila tabir kebenaran diselak.keyakinan dan kepercayaan ini tidak dpt ditemui dgn jalan sentimen.

    jadi untuk apa umat ini harus takut dgn perkara2 begini?

    ReplyDelete
  4. betul juga tu. aku rasa kalau forum itu diadakan dalam suasana politik yang stabil dan tidak menggunakan tajuk yang mengundang kekeliruan, mungkin juga reaksi yang sama akan diberikan.

    menyentuh tentang demo itu, tertanya2 juga aku samada mereka yang berdemo itu tahukah tentang apa yang mereka bantah itu? maksud aku, apa sebenarnya yang dibincangkan dalam forum itu. ataupun mereka hanya terbawa-bawa oleh emosi.

    ReplyDelete
  5. Sudah tentu kita sebagai muslim tidak gemar agama kita diperolok. Ia seakan menghina PILIHAN KITA SECARA BEBAS. Tetapi saya fikir ia boleh jadi medan untuk saya meneliti semula set terjemahan kepercayaan saya - sama ada benar SAYA MEMILIH SECARA BEBAS atau SAYA MEMILIH KERANA MOMOKAN TERJEMAHAN TEKS.

    Menghukum secara wewenang samalah seperti memberi ISA dalam analogi yang abstrak. Umat Islam juga boleh melalui badan2 yang ada menganjurkan forum yang sama. Untuk saya Majlis Peguam wajar menganjurkan forum ini, apatah lagi kita punya ramai peguam Muslim yang boleh saja hadir untuk berinteraksi.

    Hujah saya mudah - mereka pengamal undang-undang dan mereka terkait rapat dalam polemik yang muncul dari aspek undang2 berkaitan isu yang ada. Sekurang2nya mereka mencari penyelesaian dalam kerangka perlembagaan dan undang2 serta kemungkinan akan datang.

    Kita cari apa?

    ReplyDelete
  6. sesuatu kebebasan disekat oleh kebebasan yang lain.

    ReplyDelete
  7. "Hujah saya mudah - mereka pengamal undang-undang dan mereka terkait rapat dalam polemik yang muncul dari aspek undang2 berkaitan isu yang ada. Sekurang2nya mereka mencari penyelesaian dalam kerangka perlembagaan dan undang2 serta kemungkinan akan datang."


    yup, itu juga yang cuba saya yakinkan kepada rakan-rakan saya. (walaupun ada yang menempelak)

    realitinya, isu2 yang ingin dibincangkan dalam forum itu memang ada dan terjadi.dan ianya sewajarnya dibahaskan untuk mencari jalan penyelesaian dan memberikan keadilan kepada rakyat malaysia, baik muslim mahupun non-muslim.

    ReplyDelete
  8. mereka yang menempelak cari apa?

    saya masih sangat bermasalah untuk menjustifikasikan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam.

    saya juga masih sangat bermasalah dalam hal mengungkit sesuatu bangsa itu lebih istimewa dari bangsa yang lain.

    ReplyDelete
  9. Begini, mereka beranggapan bahawa umat Islam di negara ini terlalu berlembut dengan golongan bukan Islam. Mereka merasakan umat Islam sepatutnya lebih keras terhadap mereka supaya bukan Islam tidak memperolok2kan Islam.

    Tanggapan mereka adalah (dan ini hanya pandangan mata kasar saya), isu2 berkaitan dengan agama Islam tidak seharusnya dibincangkan oleh orang bukan Islam.

    memetik kata Zahid Hamidi; "Memang apa pun sistem yang ada, ada kelemahan tetapi tidak mustahil untuk kita boleh memperbaikinya tetapi bukan dengan cara menyanggah daripada orang lain (merujuk kepada Majlis Peguam) yang tidak patut mencampuri hak dalam hal ehwal kita."

    penat juga saya berbahas dengan rakan2 malam semalam. huhu.

    ReplyDelete
  10. Saya fikir ini bukan soal menang atau kalah dalam berbahas. Saya fikir kita harus lebih progresif dalam menonjolkan karakter Islam yang adil dan dapat memelihara keadilan. Jerit pekik tidak cukup untuk mewakili persoalan ini meskipun ia boleh jadi alat menyampaikan isi hati.

    Berfikir cara kerajaan atau pembangkang? Saya fikir kedua2nya perlu tapi dalam konteks yang saya lihat di mana jerit pekik lebih berunsur kepada 'mahu berkuasa', harapnya mereka jelas (lihat kenyataan YB Zul Nordin dalam kes Melayu-Islam jadi Presiden Majlis Peguam).

    ReplyDelete
  11. ya, kadang-kadang dalam membicarakan soal2 sebegini dengan rakan2 saya juga terlupa yang ini bukanlah persoalan menang atau kalah.

    saya masih menyimpan harapan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia dapat berdialog dan engage secara matang dan progresif terutamanya dalam isu2 yang dikira sensitif sebegini, dan bukan sekadar berdemo serta merempuh masuk ke dalam bangunan.

    apapun, terima kasih saudara amin kerana sudi menjawab komen2 saya dan juga di atas pencerahan yang diberikan.

    ReplyDelete