Apa juga keputusannya, DS Anwar telah menang, sekurang-kurangnya di hati rakyat Malaysia. Situasi hari ini cukup berbeza. Rakyat lebih berani, lebih bersedia dan lebih bersatu dalam menggerakkan agenda sulit ini - agenda Reformasi, demi mengangkat maruah insan tanpa mengira agama dan bangsa, demi mengangkat maruah negara, demi melestarikan kesatuan dalam kepelbagaian.
DS Anwar hanya simbol. Tuhan telah memilihnya untuk dijadikan korban pada 1998 untuk membangkit sedar rakyat agar bangun berjuang. Untuk melawan kezaliman, cukup dengan kesedaran, tetapi untuk mengisi keadilan ia memerlukan kesedaran, kejujuran, kebijaksanaan dan keberanian.
Cabaran datang kepada kita bukan untuk mematikan langkah perjuangan kita, sebaliknya memanggil kesedaran, kejujuran, keberanian dan kebijaksanaan kita menghadapinya.
Perjuangan belum selesai...jika takdir mengangkat DS Anwar menjadi Perdana Menteri, tugas kita adalah untuk meneruskan perjuangan Reformasi - ada atau tanpa beliau.
Setakat 6.35 petang aku dimaklumkan PKR mendahului dengan 3377 Undi, BN 911 Undi dan AKIM 3 Undi. Jam 7.55 setakat kiraan PKR: 13988, BN 5375 dan AKIM 21.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment