Tuesday, August 26, 2008

Tahniah DS Anwar!

Kemenangan DS Anwar dalam realiti UMNO-BN masih terus angkuh menggunakan seluruh jentera kerajaan adalah kemenangan rakyat. Kemenangan rakyat disimbolkan (untuk masa ini) dengan memilih mana-mana tokoh dari Pakatan Rakyat.

Meskipun jauh di sudut akal dan hati aku bukanlah wajar kita memilih berasaskan parti, tapi untuk meruntuhkan sebuah barisan yang bersatu atas kezaliman dan keangkuhan kaum memerlukan apa yang kita pilih hari ini - sebuah pakatan yang bersatu meruntuhkannya.

Selepas ini kita harus giatkan dialog mencari keutamaan dalam sifir masyarakat agar kezaliman tidak berulang dan kemakmuran dapat dirakyatkan.

Meski jumlah turun mengundi hanya sekitar 65% berbanding 80% pada Mac lepas, aku optimis DS Anwar akan menang sekitar 16 ribu undi. Buat masa ini selepas 14 peti undi (separuh), DS Anwar mendahului sekitar 10 ribu undi.

2 comments:

  1. salam Bro..

    syabas dan tahniah DSAI

    Moga DSAI kali ini lebih berhati2 dalam perjuangan seterusnya terutama pakatan bersama dengan DAP yang dlihat cuba bermain api..bimbang DSAI akan diheret sama dalam isu agama dan negara Islam...jangan hampakan bangsamu..

    ReplyDelete
  2. salam...

    aku tak pernah canggung kalaupun DS Anwar itu kalah pada suatu fasa nanti karena pemenang sebenar adalah tetap rekyat!

    ReplyDelete