Monday, August 11, 2008

Arakian Ezam berkata

Semalam dalam akhbar Sinar aku tengok ada kenyataan Ezam yang memperlekeh cabaran untuk berdebat oleh Pengerusi REFORMIS.

Ezam mempersenda kelompok yang mahu dikenali REFORMIS ini dan hanya mahu menjawab sekiranya dicabar oleh DS Anwar. Dalam kenyataan yang sama beliau mahu kelompok REFORMIS ini menunjukkan bahawa jika mereka pernah ditahan ISA selama 2 tahun, maka barulah cabaran debat ini akan beliau pertimbangkan.

Ezam mahu DS Anwar menjawab? Sudahkah Ezam dipenjara 2 tahun ISA sebelum kemudiannya 6 tahun mendekam dalam penjara, dibelasah, difitnah dan sebagainya?

Ezam adalah antara mereka yang kaya selepas keluar dari ISA, belum dikira kekayaannya sebelum masuk ISA. Ezam masih belum dapat menjawab dari mana sumber kewangannya bila menghidupkan GERAK yang didaftarkan atas nama syarikat. Ezam masih gagal membuktikan komitmen beliau kepada persoalan rasuah dan lebih berminat dengan polemik Melayu yang bertopengkan Islam.

Melayu rasuah pun nak pakai nama Islam? Sudahlah Ezam, jangan ingat hanya saudara saja pernah merasa masuk penjara. Ramai lagi yang pernah meringkuk dalam penjara kerana rakyat dan mereka tidak pun berada lebih senang dari saudara sebelum dan sesudahnya. Mungkin Ezam boleh terus bekerjasama dengan Rameli Musa supaya tidak terus miskin dan boleh terus bertopengkan Islam dan Ketuanan Melayu untuk mempertahankan Melayu Rasuah!

Aku Melayu, dan aku tak fikir aku patut sokong Melayu Rasuah kerana ada lagi Melayu lain yang boleh diharapkan.

No comments:

Post a Comment