Akhirnya DS Anwar bersuara mempertahankan sahabat lamanya Dato' Rameli Musa. Aku percaya budak koleq tak mungkin khianat kawan sampai macam ni. Walaupun aku bukan budak koleq, aku tak rasa Mafia Koleq mahu pergi sejauh itu. Hanya DS Anwar yang tahu apa hubungan Dato' Rameli dan Ezam yang membawa hentaman oleh Raja Petra Kamaruddin.
Cabaran persoalan Melayu adalah benteng akhir UMNO-BN. Kepalsuan propaganda ini harus dineutralkan dengan cara yang paling ampuh. PAS harus mengerti bahawa serangan bertali arus kepada DS Anwar sebagai individu dan PKR sebagai parti adalah kerana ia menyerang fundamental yang mengikat kerjasama dalam Barisan Nasional yang sebenarnya jauh lebih longgar dari Pakatan Rakyat - kerana pada hemat aku ia tidak berdiri pada equality of opportunity. Sebab itu idea menyatukan faham bangsa dan agama atau Melayu-Islam itu seakan merendahkan Islam sendiri, dan bukan Melayu! (sudah tentu kalian boleh berhujah ia meninggikan Melayu, maka aku biar untuk kalian jadi saksi yang mana lebih tertonjol..keadilan Islam atau Kebobrokan pembawaan agenda Melayu kerana yang jelas ternampak adalah yang kemudiannya).
Pasaran idea di internet nyata jadi kuasa yang tidak tertahan. Internet mungkin simulasi bagaimana idea bergerak dalam kehidupan nyata.
Hari penamaan calon terlalu hampir - selamat berjuang untuk rakyat Malaysia! Sudah tentu aku mahu nyatakan kepada masyarakat Permatang Pauh bahawa memilih DS Anwar adalah satu pilihan untuk Harapan Baru Malaysia yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS-Individu pemimpin yang menjadikan kepentingan rakyat dan negara sebagai orientasi fikir mereka (sebagaimana kemahuan Tuhan untuk mereka yang percaya pada peranan agama).
Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment