Aku rasa ada beberapa persoalan kritikal yang harus kita mampu bicarakan dalam persoalan bernegara kerana darinya perlembagaan, dasar dan gerak kerja dapat berjalan dengan lebih baik.
1) Sediakah kita menerima selain dari Melayu-Islam menjadi Perdana Menteri Malaysia?
2) Sediakah kita menjamin kebebasan (sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan) untuk seluruh warga?
Untuk aku, dua ini adalah persoalan asas yang akan menentukan wajah Malaysia. Dari sini kita boleh melihat diri kita, sama ada terlalu terperangkap dengan masa lalu atau punya iltizam untuk masa depan.
Masa lalu tidak salah sepenuhnya, malah ia adalah hakikat. Tapi haruskah masa lalu sampai bila-bila memenjarakan kita? Masa depan juga sentiasa sesuatu yang menguja sambil menakutkan. Tapi haruskah masa depan sentiasa sesuatu yang dikejar?
Jika kalian mahu tanya aku, jawapan aku mudah - kedua-dua soalan di atas akan dijawab YA. Dan aku harap kalian jelas bahawa semua persoalan muncul dalam konteks undang-undang yang jelas dengan pentadbiran berdasarkannya.
Sunday, August 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment