Alkisah dimaklumkan seramai 3000 penuntut di UiTM berarak ke Bangunan SUK untuk menghantar memorandum bantahan kepada kenyataan Menteri Besar Selangor untuk membuka kuota UiTM sebanyak 10 peratus kepada Bukan Bumiputera.
“Memorandum ini bertujuan meminta beliau (Menteri Besar Selangor) menarik balik kenyataannya kerana bertentangan dengan prinsip penubuhan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bagi melahirkan profesional di kalangan Bumiputera,” kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris.
_______________________________________
Aku mahu ucap tahniah kerana tiba-tiba MPP di Malaysia ada 'telur' untuk keluar membuat bantahan dan menyampaikan memorandum. Ia tidak perlu jadi sebagaimana di sesetengah IPT, MPP buat-buat berani berarak, bagi memorandum dan membuat kenyataan selepas semuanya dirancang oleh pihak lain (sama ada parti politik atau HEP itu sendiri!).
Mahasiswa harus berani berdikari dan membuat keputusan sendiri. Hanya dengan adanya keberanian jenis ini, kita boleh mengharapkan agenda memperkukuh Masyarakat Sivil lebih cepat berlaku.
Lepas ni kita harap YDP MPP UiTM ni akan buat juga kenyataan tentang Bahasa Melayu yang jelas termaktub dalam Perlembagaan, bukan sekadar prinsip penubuhan UiTM. Lepas ni kita harap YDP MPP UiTM ini akan lebih berani ke depan menjuarai isu-isu dalam masyarakat dan bukan sekadar berani kerana 'dapat kelulusan' dari pihak tertentu untuk mara ke depan.
Percaya atau tidak? Jika UiTM mahu dibuka secara sebulat suara oleh kerajaan BN, mereka akan bermati-matian mengatakan bahawa cadangan ini baik dan boleh membantu bumiputera berdaya saing dan bla bla bla...
Aku percaya persoalan ekualiti dalam soal peluang adalah penting, bukan soal ekualiti dalam soal hasil akhir. Bumiputera dan bukan bumiputera - jauh dari dua istilah ini ialah soal keadilan dan masa depan negara!
Monday, August 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment