Monday, August 25, 2008

Sumpah Anwar, Cuti Pulau Pinang dan Pembuangan Undi

Hal 1

Aku sangat tidak faham dalam kenyataan-kenyataan ulama' sekitar isu sumpah. Ia mungkin boleh dilihat sebagai khilaf oleh kita semua.

Tapi perkara pokok yang hampir tidak kedengaran dari media massa ialah

i) Adakah jika DS Anwar bersumpah, beerti pendakwaan di mahkamah tidak perlu diteruskan?
ii) Apakah selepas ini dengan bersumpah saja, maka mekanisme undang-undang terutama dalam isu jenayah boleh dikesampingkan?

Aku melihat usaha menggesa DS Anwar bersumpah sebagai penghinaan terhadap undang-undang dan jika DS Syed Hamid Albar mahu mengatakan sebaran laporan doktor Pusrawi sebagai subjudice, terlebih awal sumpah Saiful, kempen BN dan penggunaan media berkaitan sumpah Saiful juga adalah subjudice yang lebih besar!

Dalam kes ini, ulama' jangan marah bila umat melihat mereka tidak ada kredibiliti dalam menyampaikan pandangan dan sikap mereka yang tidak tegas terhadap media (yang sebenarnya telah meruntuhkan persepsi ramai terhadap mereka) mengukuhkan lagi persepsi ini.

Hal 2

Semalam kita boleh melihat penggunaan kuasa kerajaan untuk memberikan cuti kepada seluruh Pulau Pinang untuk pembuangan undi. Dalam kes ini ia adalah kerajaan negeri Pulau Pinang. Libertarian menolak campur tangan kuasa kerajaan dalam urusan yang banyak. Tapi dalam kes Pulau Pinang, persoalan harus lebih terdahulu dimunculkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menentukan pembuangan undi pada hari Selasa di mana ia boleh menafikan hak pembuang undi untuk hadir pada hari pembuangan undi.

Negara kita berdepan dengan proses yang penting di mana institusi negara yang dimonopoli oleh kekuatan negara yang besar wewenang menentukan apa yang boleh dan patut dibuat oleh seorang warga. Persoalan ini juga dibangkitkan saya dengan dialog bersama ustaz PUM semalam sama ada kuasa Islam yang dijadikan pemerintah dalam negara akan turut sama mengulang persoalan ini. Kebenaran tidak harus ditentukan oleh negara tetapi kuasa pasaran idea menuntut hujah oleh pihak bercanggah.

No comments:

Post a Comment