Ramai yang keliru dan buntu - untuk siapa arus Reformasi dijana. Dalam kekeliruan ini, UMNO-BN sentiasa memainkan jarumnya seolah ia untuk DS Anwar dan arus Reformasi jujurnya kelihatan kekok bergerak - sama ada mahu atau tidak melepaskan DS Anwar dengannya.
Hari ini saya membaca cebisan kenyataan untuk DS Anwar di blog sdr Haris dan saya boleh mengatakan bahawa saya bangga kerana masih ada anak Melayu yang mampu melihat dengan beraninya bahawa kita manusia adalah sama - tidak ada yang boleh mendakwa mereka lebih mulia berbanding yang lain dan melihat diri mereka mengatasi undang-undang. Aku bangga kerana dalam proses menyantuni arus Reformasi, kita tidak perlu melihat pilihan yang ada hanya soal DS Anwar ada atau tidak bersama arus ini. Kita kekal mahukan proses ini berjalan terus sama ada hadir atau tidak DS Anwar dan kita sedia memaafkan mana-mana ahli politik yang terlanjur kata dan laku dalam isu-isu yang boleh dimaafkan. Hak harus ditunaikan kepada yang berhak, bukan hak harus dikembalikan kepada yang berhak.
Arus Reformasi ini akan membawa kita kepada usul Kerajaan Terhad (Limited Government) dalam istilah libertarian. Mahukah atau sediakah kita memikirkannya? Atau kita belum sedia mencabut kuasa yang terkumpul kepada sekumpulan manusia dan mengizinkan mereka menentukan apa saja untuk kita?
Masyarakat Madani, apakah yang kita faham darinya? Untuk aku - ia perihal Kerajaan Terhad di mana kuasa rakyat tidak terlalu bergantung kepada keputusan kerajaan sebaliknya rakyat yang mengambil tanggungjawab (shared responsibility) dalam proses membina dan menjaga hak individu, hak masyarakat - minoriti dan majoriti, hak alam, hak negara dan sebagainya.
Monday, August 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment