Lebih kurang mafhum, Tuhan telah lama mewahyukan "Manusia merancang, dan (Aku) merancang, maka perancangan Akulah yang paling baik".
Tidak lama dulu, saat Reformasi 1998 menyala, sebahagian umat membayangkan ini adalah saringan Tuhan terhadap sikap hamba-Nya. Dan sebahagian besar umat Melayu lekas setuju. Saringan Tuhan tidak akan pernah habis selagi umur dikandung badan.
Awal pagi ini seorang teman membuat panggilan dari Mahkamah, bertanya adakah aku hadir ke sana. Dia seorang teman sejak zaman pengajian sekolah rendah. Cukup lama, lebih satu abad kami tidak bertemu. Hanya saja laman sesawang menemukan kami dalam realiti yang beza.
Hari ini DS Anwar dihadapkan ke Mahkamah, medan penghakiman duniawi, juga medan menguji setiakah manusia pada janji hidup berTuhan atau sebaliknya. Dan hari ini jadi rakaman dalam sejarah bagaimana undang-undang jadi mainan dan mual yang ditontonkan kepada rakyat dan kehidupan.
Suka sama suka kata mereka berhubung tuduhan liwat terhadap DS Anwar. Jijik. Usaha membodohkan rakyat ini lebih jijik dari tuduhan yang dihadapkan! Dan itu adalah tanda aras bahawa gerakan menghumban barisan yang melingkupkan negara dan masyarakat ini akan dihambat keluar dari kelenangan mereka.
Thursday, August 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jijik lagi menjijikkan!
ReplyDeletetapi tuduhan kali ini semacam satu acahan shj kpd DSAI, tidak la segempar dan segempak thn 1998 dulu.aku rasa la~
ReplyDeletejika suka sama suka mngapa hanya DSAI saja yg didakwa..apa relevennya?sungguh jijik kes cmni..dunia,dunia..nk kiamat dah
ReplyDeleteBenar...acahan yang jijik lagi menjijikkan.
ReplyDelete